Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Amazon labur $12b dalam operasi S’pura; perluas infrastruktur awan, skim latihan AI

Pelaburan dijangka sokong lebih 12,300 pekerjaan sehingga 2028
May 07, 2024 | 03:19 PM



Perkhidmatan Web Amazon (AWS) bersedia untuk membuat salah satu pelaburan terbesar dalam infrastruktur digital di Singapura, dengan menyuntik $12 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang untuk projek perkhidmatan awan atau cloud dan kecerdasan buatan (AI), serta mengembangkan operasinya di sini.


Ia juga akan menerajui satu siri bengkel dengan sekurang-kurangnya 100 perusahaan di sini untuk membantu memacu penggunaan AI.

Rancangan itu diumumkan dalam Sidang Puncak AWS di Marina Bay Sands pada 7 Mei itu, menjadikan jumlah keseluruhan pelaburan yang dicurahkan ke Singapura mencecah $23.5 bilion.

Ini adalah lebih dua kali ganda daripada jumlah yang dilaburkannya di sini pada 2010, apabila bahagian pengkomputeran awan Amazon menubuhkan ibu pejabat serantau di sini untuk kelompok pusat datanya sehingga 2023.

Wang pelaburan itu akan disalurkan untuk mengembangkan operasi AWS di rantau Asia-Pasifik, kata pengurus negara AWS, Ck Priscilla Chong, dalam temu bual dengan The Straits Times (ST) pada 3 Mei.


Ia termasuk gaji untuk kakitangan Amazon dan mengimport lebih banyak peralatan dan perisian khusus, pembinaan dan operasi pusat data di sini, kata beliau.

Pelaburan itu juga adalah bagi AWS memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk peralatan AI generatif, yang memerlukan kuasa pengiraan yang tinggi, kata Cik Chong.

AWS berkata dalam laporan impak ekonomi Singapura-nya bahawa pelaburan itu dijangka menyumbang kira-kira $23.7 bilion kepada keluaran dalam negara kasar (GDP) Singapura dan menyokong lebih daripada 12,300 pekerjaan sehingga 2028, dalam AWS dan perniagaan yang menggunakan perkhidmatan awannya.

Perkhidmatan AWS di sini telah menyokong sekurang-kurangnya 4,800 peranan sepenuh masa dalam perniagaan tempatan setiap tahun antara 2010 dengan 2023, menurut laporan AWS.

Hampir separuh daripada pekerjaan ini adalah dengan pembekal AWS, manakala yang lain sebahagian melibatkan rantaian bekalan hasil daripada pelaburannya di sini yang mencecah sehingga $11.5 bilion sejak 2010, menjana anggaran $18.3 bilion untuk GDP Singapura, lapor AWS.

Perkhidmatan AWS sangat berakar umbi dalam perkhidmatan digital Singapura, menyediakan asas untuk beribu-ribu platform dalam talian seperti Trust Bank, Grab, PayNow, institusi akademik dan entiti sektor awam.

Penganalisis meletakkan AWS mendahului persaingan dalam pasaran, dengan anggaran pasaran di serata dunia melebihi 30 peratus – mengatasi Google dan Microsoft.

Pelaburan itu adalah salah satu yang terbesar dalam AI di sini, di belakang pelaburan $1 bilion pemerintah dalam AI bagi tempoh lima tahun akan datang.

Pelaburan AWS ini menandakan usaha yang dipertingkat untuk merangsang proses pendigitalan yang agresif di Singapura di tengah-tengah jualan yang perlahan di peringkat global.

Ini sedang syarikat mengurangkan perbelanjaan mereka untuk perkhidmatan awan, mendorong firma itu untuk memotong ratusan pekerjaan lebih awal pada 2024.

Amazon dilaporkan telah mengurangkan lebih 27,000 pekerjaan sejak 2022.

Pengurus negara sektor awam seluruh dunianya, Cik Elsie Tan, berkata syarikat itu tidak menyediakan angka pengambilan di Singapura tetapi AWS menyasar untuk menyokong misi Singapura dengan menggandakan kumpulan pengamal AI-nya kepada 15,000 dalam tempoh lima tahun akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >