Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

‘App’ SimplyGo tergendala kerana bilangan muat turun terlalu tinggi

Jan 11, 2024 | 08:29 PM



Aplikasi SimplyGo menjadi kurang responsif dan orang ramai tidak dapat menggunakan beberapa cirinya pada 10 Januari.

Masalah itu berlaku sehari selepas pihak berkuasa mengumumkan bahawa kad EZ-Link lama perlu dipertingkat kepada wadah SimplyGo untuk bayaran tambang mulai Jun ini.

Versi aplikasi yang dikemas kini itu disediakan untuk dimuat turun di Apple dan Google App Store pada 10 Januari malam.

Menjawab pertanyaan The Straits Times (ST), jurucakap Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), pada lewat 10 Januari, berkata: “Jumlah transaksi yang melonjak menyebabkan aplikasi ini menjadi kurang responsif. TransitLink sedang berusaha menyelesaikan (masalah) ini dan telah menambah baik aplikasi ini untuk menangani masalah.


“Aplikasi baru yang terkini boleh dimuat turun daripada Apple dan Google App Store sekarang. Kami memohon maaf atas kesulitan ini.”

TransitLink, anak syarikat LTA, disenarai sebagai pembangun aplikasi SimplyGo.

Mulai 1 Jun ini, penumpang tidak akan dapat menggunakan kad lama EZ-Link yang tidak serasi dengan kad SimplyGo atau kad Nets FlashPay untuk membayar tambang bas awam dan kereta api.

Penumpang perlu mempertingkat kad Ez-Link lama mereka kepada sistem SimplyGo di Pejabat Tiket SimplyGo, pusat khidmat tiket dan mesin tiket di stesen kereta api dan pusat pertukaran bas selewat-lewatnya 31 Ogos, menurut LTA.

Seawal pagi pada hari berikutnya, pengguna berkunjung ke laman Facebook SimplyGo dengan aduan mengenai pelbagai masalah yang dihadapi semasa mendaftar bagi akaun, menetapkan semula kata laluan atau mengguna ciri lain aplikasi itu.

Sekitar 6.30 petang pada 10 Januari, terdapat lebih 100 ulasan pada catatan Facebook SimplyGo.

Aplikasi SimplyGo membolehkan pengguna menambah nilai kad mereka, menerima pemberitahuan mengenai tambang dan baki nilai kad, dan menyekat transaksi seterusnya bagi kad yang hilang.

Dengan SimplyGo, tambang perjalanan yang dikenakan tidak lagi dipaparkan pada skrin pembaca tambang.

Selepas mencuba berulang kali pada tengah hari 10 Januari, ST tidak dapat mengakses aplikasi itu atau log masuk ke laman sesawang SimplyGo.


Bagaimanapun, masalah itu berjaya diatasi pada waktu malam, apabila ia dapat memuat turun sofwe yang dikemas kini itu pada 11.30 malam, walaupun aplikasi dan laman sesawang SimplyGo masih membawa mesej yang menasihatkan orang ramai bahawa fungsi aplikasi itu mungkin terjejas disebabkan bilangan muat turun yang “terlalu banyak”.

Sebilangan pengguna juga menghadapi kesukaran mempertingkat kad EZ-Link lama mereka di Pejabat Tiket SimplyGo atau mesin tiket di stesen MRT dan pusat pertukaran bas pada 10 Januari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >