Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Aturan perjalanan 30 hari tanpa visa antara S’pura, China dilaksana awal 2024

Dec 07, 2023 | 03:22 PM



TIANJIN: Singapura dan China akan melaksanakan perjanjian bebas visa selama 30 hari, sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan hubungan antara rakyat kedua-dua negara, kata Timbalan Perdana Menteri (DPM), Encik Lawrence Wong, dalam forum dua hala tertinggi antara kedua-dua negara pada 7 Disember.


Menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA), kedua-dua negara akan menyelesaikan butiran dan melaksanakan rejim visa baru pada awal 2024.

Ini bermakna bahawa rakyat dari kedua-dua negara boleh melawat satu sama lain sehingga 30 hari tanpa memerlukan visa. Pada masa ini, pemegang pasport China perlu memohon visa untuk memasuki Singapura, manakala warga Singapura boleh berkunjung ke China sehingga 15 hari tanpa visa, menurut laporan The Straits Times.


DPM Wong berkata aliran pengunjung antara kedua-dua negara telah bertambah baik dan ketersambungan penerbangan menghampiri tahap pra-Covid-19.

Beliau yang berucap di Majlis Bersama bagi Kerjasama Dua Hala (JCBC) ke-19 di Tianjin, China, berkata: “Kami berharap dapat mencapai tahap pra-Covid dan bahkan melampaui tahap pra-Covid dari segi ketersambungan penerbangan terus kami,” kata Encik Wong, sambil menambah bahawa pengaturan bebas visa baru itu bertujuan menyokong matlamat ini.

Mewujudkan pengaturan perjalanan baru ini juga akan “menguatkan asas hubungan kewangan (Singapura dan China)”, ujar Encik Wong.

Ini adalah kali pertama DPM Wong dan rakan sejawatannya dari China, Naib Perdana Menteri, Encik Ding Xuexiang, mempengerusikan mesyuarat bersama JCBC – wadah dua hala antara Singapura dengan China.

Ia juga merupakan kali pertama pertemuan itu berlangsung sejak kedua-dua negara secara rasmi meningkatkan hubungan mereka pada April kepada “perkongsian serba boleh, berkualiti tinggi, berorientasikan masa depan”, selepas Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, bertemu Presiden China, Encik Xi Jinping, di ibu negara China.

Dalam ucapan pembukaannya, Encik Wong menekankan kepentingan memperkukuh kerjasama antara kedua-dua negara di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik dan halangan ekonomi global.

“Saya sangat gembira kerana dalam JCBC ini, kita akan membincangkan cara untuk memperbaharui dan melanjutkan hubungan ekonomi kita, untuk membudaya semula industri kita supaya mereka bersedia untuk masa depan, dan untuk mengukuhkan hubungan rapat di semua peringkat,” tambahnya.

Walaupun Singapura dan China menyatukan kerjasama mereka dalam bidang “tradisional” seperti perdagangan dan pelaburan, mereka juga meluaskan dan memperdalam perkongsian dalam bidang baru dan sedang pesat membangun, seperti ekonomi hijau dan digital, kata Encik Wong lagi.

Apabila China memanfaatkan strategi pembangunan digital untuk membangunkan ekonominya, “Singapura juga akan terus mengambil bahagian dalam ciri-ciri pertumbuhan ini”, tambahnya.

Bercakap dalam bahasa Mandarin, Encik Ding berkata beliau berharap Singapura dan China dapat terus mewujudkan landskap baru bagi kedua-dua negara untuk bekerjasama dalam cara yang saling menguntungkan dalam “era baru” hubungan dua hala.

Beliau berkata sejak awal tahun ini, usaha dan kerjasama kedua-dua negara telah membuahkan hasil.

Kerjasama ekonomi dan perdagangan telah meningkat ke tahap yang lebih tinggi, kerjasama Belt and Road “berkualiti tinggi” berjalan dengan mantap, dan “program kerjasama utama” telah dilaksanakan dengan cara yang mendalam, katanya.


Justeru, JCBC adalah untuk kedua-dua negara mengenal pasti laluan kerjasama dalam fasa hubungan seterusnya, dan untuk bersama-sama melaksanakan kesepakatan yang dipersetujui antara pemimpin kedua-dua negara, kata Encik Ding.

Encik Wong kini dalam lawatan rasmi empat hari ke China, dan kini berada di Tianjin untuk edisi ke-19 JCBC. Beliau sebelum ini telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri China, Encik Li Qiang, dan Naib Perdana Menteri, Encik He Lifeng, di Beijing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >