Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pengecualian visa 30 hari buat pelancong China, India ke M’sia: Anwar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pengecualian visa 30 hari buat pelancong China, India ke M’sia: Anwar

Nov 27, 2023 | 12:41 AM



PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad mengumumkan pengecualian visa selama 30 hari kepada pelancong dari China dan India mulai 1 Disember ini.


Ketika ini negara-negara teluk seperti Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Amiriah Arab Bersatu (UAE), Iraq dan Iran serta semua negara Asia Barat termasuk Turkey dan Jordan menikmati kemudahan pengecualian visa.

Kemudahan kemasukan ke Malaysia tanpa visa ini juga turut dinikmati lapan negara Asean lain yang membenarkan lawatan bagi tujuan sosial, melancong dan perniagaan sehingga 30 hari.

Perdana Menteri berkata, pengecualian itu bagaimanapun, tertakluk kepada tapisan keselamatan bagi semua pelancong dari negara berkenaan yang berhasrat memasuki Malaysia.

“Saya nak mengumumkan kemudahan visa, menambah kemudahan sedia ada umpamanya bagi negara teluk seperti Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, UAE, Iraq dan Iran dan semua negara Asia Barat termasuk Turkiye dan Jordan pada masa ini menikmati pengecualian kemudahan visa.

“Hari ini saya umumkan, tahun depan (sempena) 50 tahun hubungan diplomatik dengan China, untuk sambut semangat ini, mulai 1 Disember ini, kita beri tambahan dari negara Arab, Turkey dan Jordan, kemudahan kepada rakyat China dan India, pengecualian visa selama 30 hari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.

Anwar berkata, biarpun Malaysia menawarkan kemudahan itu, mana-mana pelawat yang memiliki rekod jenayah atau risiko keganasan, tidak akan dibenarkan mendapat pengecualian terbabit.

“Ini akan wewenang pasukan keselamatan manakala kemudahan lain akan diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail), mungkin esok (Isnin),” katanya.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan Malaysia memiliki hubungan baik dengan negara Asean, Jepun, Korea dan India selain China yang memiliki hubungan strategik dengan negara ini.

“China sambut (hubungan dengan Malaysia) dengan beri kemudahan untuk Malaysia ke China tanpa visa selama 15 hari.

“Setakat ini, pelancongan paling tinggi ke Malaysia adalah Singapura dan Indonesia di Asean, tetapi luar Asean paling tinggi adalah negara China dan potensi pelancongan dari China amat besar,” katanya lagi.

Mengulas hubungan Malaysia dengan Singapura, Anwar berkata ia semakin baik.

“Sentimen dan prejudis lama harus dikuburkan,” katanya sambil menambah beliau telah memberitahu Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, beberapa kali bahawa kerajaan gabungan Malaysia mempunyai pendirian positif terhadap hubungan kededua negara dengan Malaysia dan Singapura akan memacu kerjasama lanjutan dalam mengusahakan zon ekonomi yang diusulkan di Johor. - BHM/ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >