Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Beijing tegaskan laksana sekatan PBB kekang Pyongyang gunakan perairan China

Jul 25, 2023 | 02:10 PM



NEW YORK: China menegaskan pada Isnin bahawa ia melaksanakan dengan “ketat” sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas Korea Utara, sebagai membalas surat daripada Kumpulan Tujuh (G-7), Kesatuan Eropah (EU) yang menggesa Beijing supaya mengekang Pyongyang daripada menggunakan perairan China.


Surat yang dihantar pada Jumaat menzahirkan kebimbangan mengenai “kehadiran berterusan beberapa kapal tangki minyak... yang menggunakan perairan wilayah anda (China) di Teluk Sansha sebagai tempat perlindungan untuk memudahkan perdagangan produk petroleum yang dibenarkan” ke Korea Utara.

Ia ditandatangani oleh negara-negara anggota G-7 – Amerika Syarikat, Canada, Perancis, Jerman, Italy, Jepun dan Britain – serta Australia, New Zealand, Korea Selatan dan EU.

Surat itu dihantar sebelum lawatan minggu ini oleh delegasi China peringkat tinggi ke Korea Utara.

“China sentiasa melaksanakan dengan tegas resolusi sekatan PBB dan serius memenuhi kewajipan antarabangsa,” kata jurucakap perwakilan PBB di China menerusi Twitter sebagai tindak balas kepada laporan Reuters mengenai surat kepada utusan PBB di China, Encik Zhang Jun.


“China menggesa pihak berkaitan supaya melaksanakan sepenuhnya resolusi PBB di Korea Utara, terutamanya peruntukan berkaitan menyambung semula dialog, mengukuhkan usaha diplomatik serta mempromosikan penyelesaian politik,” kata jurucakap itu.

Korea Utara telah dikenakan sekatan PBB sejak 2006 berhubung program nuklear dan peluru berpandu balistiknya.

Rundingan penghapusan nuklear enam pihak – antara Korea Utara, Korea Selatan, China, Amerika, Russia dan Jepun – terhenti pada 2009.

Rundingan antara pemimpin Korea Utara Encik Kim Jong Un dan presiden Amerika ketika itu, Encik Donald Trump, pada 2018 dan 2019 juga gagal. Sejak itu China dan Russia mendesak agar sekatan PBB dilonggarkan bagi tujuan kemanusiaan dan untuk menarik Pyongyang kembali ke meja rundingan. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >