Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Korea U gagal lancar roket intip tentera Amerika

May 31, 2023 | 05:40 PM



SEOUL/TOKYO: Pelancaran satelit Korea Utara pada Rabu gagal apabila roket dengan muatannya menjunam ke laut, kata media rasmi Korea Utara.


Tentera Korea Selatan pula mengatakan mereka menemui sebahagian serpihan roket tersebut.

Roket satelit baru “Chollima-1” yang dilancarkan itu gagal akibat mengalami kerosakan pada sistem enjin dan bahan bakar, lapor agensi berita rasmi Korea Utara, KCNA.


Pelancaran roket bersenjata nuklear itu adalah percubaan Korea Utara yang keenam, dan pertama sejak 2016. Misi itu seharusnya menjadi yang pertama bagi Korea Utara untuk meletakkan satelit pengintipnya di angkasa lepas.

Insiden itu mencetuskan keadaan darurat dan gerakan menyelamat seketika di beberapa bahagian di Korea Selatan dan Jepun. Namun, amaran itu ditarik balik setelah tiada sebarang kerosakan dan bahaya dilaporkan.

Ketua Turus Bersama berkata pada Rabu pihak tentera melancarkan operasi penyelamat bagi memungut serpihan roket yang dilancarkan itu.

Pihak tentera menyiarkan gambar-gambar serpihan yang diangkut dari perairan, termasuk objek besar berbentuk silinder yang ditambat pada sebuah pelampung.

Profesor George William Herbert, seorang profesor di Pusat Kajian Pengawalan Senjata  dan konsultan peluru berpandu, berkata bahawa gambar-gambar itu menunjukkan sekurang-kurangnya bahagian roket itu, termasuk bahagian bahagian dalamnya yang direka bagi menghubungkan satu bahagian dengan bahagian yang lain.

Objek yang ditemui itu mungkin bahagian tangki bahan bakar dan bahan pengoksida berbentuk bulat, berwarna coklat, ujar Profesor Herbert.

Para pegawai dari Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan saling membuat panggilan telefon “mengutuk” pelancaran roket itu, kata Kementerian Luar Jepun.

“Ketiga-tiga negara ini akan berjaga-jaga,” menurut kenyataan itu.

Korea Utara mengatakan, pihaknya akan melancarkan satelit pengintip tentera yang pertama, antara 31 Mei dan 11 Jun, bagi meningkatkan pemantauan terhadap kegiatan ketenteraan Amerika.

Pada minggu lalu, Korea Selatan telah meletakkan satelitnya di angkasa lepas dengan roket yang direka dan dibuat sendiri di negara itu buat pertama kalinya.

China telah mengirim tiga angkasawannya ke stesen angkasa lepas mereka sebagai sebahagian daripada langkah penggantian kru pada Selasa.

Roket Korea Utara itu menjunam ke laut “setelah hilang kawalan gara-gara gangguan enjin keduanya,” lapor KCNA, satu pengakuan luar biasa yang belum pernah dibuat mengenai kerosakan teknikal oleh Korea Utara.


Pentadbiran Pembangunan Angkasa Lepas Kebangsaan (NADA) Korea Utara akan menjalankan siasatan atas “kerosakan serius” dan mengambil tindakan mengatasinya sebelum melancarkan buat kali kedua secepat mungkin, menurut KCNA lagi.


Seorang pegawai di pejabat presiden di Korea Selatan berkata satu lagi peluang melancarkan roket akan diadakan pada 11 Jun, seperti yang dimaklumkan oleh Korea Utara kepada Pertubuhan Maritim Antarabangsa, menurut laporan berita Yonhap.


Encik Lee Choon Geun, zamil penyelidik kehormat di Institut Dasar Sains dan Teknologi Korea Selatan, berkata Korea Selatan jarang sekali mendapat peluang menemui serpihan roket Korea Utara, apatah lagi satelit.

Menurut data yang diberikan kepada penguasa antarabangsa sebelum pelancaran itu, Korea Utara berkata roketnya itu akan meluncur ke selatan, dan beberapa serpihan bahagian roket tersebut dijangka jatuh ke Laut Kuning dan ke Lautan Pasifik. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >