Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas pegawai jagaan pelajar mengaku dera budak di tadika

Jul 2, 2024 | 7:07 PM
Seorang pegawai jagaan pelajar mengaku salah kerana mendera seorang budak lelaki tajaka apabila kesnya didengar di mahkamah pada 2 Julai.
Seorang pegawai jagaan pelajar mengaku salah kerana mendera seorang budak lelaki tajaka apabila kesnya didengar di mahkamah pada 2 Julai. - Foto ST

Seorang pegawai penjaga pelajar di sebuah tadika menyeret seorang budak lelaki berusia lima tahun selepas dia dilihat bermain air di singki pada 15 Februari 2022.

Wanita warga Singapura itu mengheret budak tersebut selepas dia terjatuh ke lantai.

Menurut The Straits Times, dia terus mendera budak itu, termasuk menolak belakang kepala mangsa ke lantai, menyebabkannya meringkuk kesakitan.

Kamera litar tertutup (CCTV) merakam kejadian itu, dan dia meletak jawatan dua hari kemudian.

Pada 2 Julai, wanita berusia 54 tahun itu mengaku bersalah atas satu pertuduhan mendera seorang kanak-kanak.

Butiran dirinya dan tadika berkenaan tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah.

Pada masa kejadian tersebut, budak lelaki itu menyertai program jagaan kanak-kanak tadika dan akan pergi ke sana setiap hari bekerja dari tengah hari hingga sekitar 6.30 petang.

Wanita itu pula ditugaskan menjaga kanak-kanak tersebut.

Pada petang 15 Februari 2022, dia melihat budak lelaki itu dan seorang lagi kanak-kanak bermain di singki di dalam kelas.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Natalie Chu, memberitahu mahkamah:

“(Wanita itu) berang kerana mereka tidak mendengar arahannya supaya duduk dan makan makanan ringan.

“Sebaliknya, mereka mengisi air ke dalam botol dan menuangnya ke atas rak buku. Dia juga marah kerana mereka telah mengganggu sesi tidur siang.”

Sejurus sebelum 3.10 petang, dia memegang kedua-dua lengan mangsa dan mengheretnya dari singki.

Budak itu terjatuh ke lantai tetapi wanita tersebut terus mengheret dan menariknya supaya bangun.

DPP berkata wanita itu semakin tertekan apabila budak lelaki itu enggan memberi kerjasama dan apabila melihat lantai berhampiran singki basah.

“Tertuduh kemudian mengheret mangsa sepanjang lantai kelas selama kira-kira 40 saat,” kata pendakwa raya.

Ketika di rumah pada petang itu, bapanya melihat kesan calar di muka dan leher kanak-kanak itu.

Keesokan hari, ibu bapa kanak-kanak itu memaklumkan kepada ketua pusat tadika, yang kemudiannya meneliti rakaman CCTV.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Universiti Nasional selepas laporan polis dibuat.

Mahkamah akan menjatuhkan hukuman pada 6 Ogos.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg