Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

ComfortDelGro peroleh kontrak kendali, selenggara laluan tren Sweden

Jan 24, 2024 | 4:02 PM
KONTRAK TREN PERTAMA DI SWEDEN: Kontrak selama 11 tahun itu, dengan operasi bermula pada Mei 2025, akan menjadi kontrak kereta api pertama syarikat pengangkutan Singapura di Sweden.
KONTRAK TREN PERTAMA DI SWEDEN: Kontrak selama 11 tahun itu, dengan operasi bermula pada Mei 2025, akan menjadi kontrak kereta api pertama syarikat pengangkutan Singapura di Sweden. - Foto fail

Satu syarikat usaha sama – ComfortDelGro dengan kumpulan pengangkutan British Go-Ahead – telah memperoleh kontrak untuk mengendali dan menyelenggara laluan metro yang dikenali sebagai Stockholm Metro di Sweden.

Kontrak selama 11 tahun itu, dengan operasi bermula pada Mei 2025, akan menjadi kontrak kereta api pertama syarikat pengangkutan Singapura di Sweden dan operasi penumpang kereta api terbesarnya di luar Singapura, kata ComfortDelGro pada 24 Januari.

Syarikat usaha sama, Connecting Stockholm, akan merangkumi tujuh laluan Stockholm Metro, termasuk 100 stesen, enam depoh dan trek sepanjang 107 kilometer, lapor The Business Times (BT).

Ia akan bertanggungjawab terhadap perkhidmatan pelanggan, perancangan dan penghantaran perkhidmatan rel, serta penyelenggaraan gerabak, stesen dan kemudahan depoh.

Kontrak itu juga akan membolehkan Connecting Stockholm menyediakan sokongan projek untuk Trafikforvaltningen, pentadbiran trafik Stockholm.

Ini adalah untuk membangun dan mengembangkan Stockholm Metro pada masa hadapan.

Kumpulan itu memiliki 45 peratus kepentingan dalam Connecting Stockholm. Rakan kongsinya, Go-Ahead ialah pemilik majoriti rangkaian kereta api British Govia Thameslink Railway, dengan pengalaman dalam operasi rel di Norway dan perkhidmatan bas di Sweden.

Pengerusi ComfortDelGro, Encik Mark Greaves, berkata pengembangan aktif kumpulan itu ke dalam sektor rel antarabangsa adalah sebahagian strateginya untuk meluaskan perniagaan pengangkutan awam terasnya ke rantau baru.

Kontrak baru itu menjadikan jumlah panjang trek yang dikendalikan ComfortDelGro kepada lebih 310 kilometer.

Saham syarikat itu didagangkan naik satu sen, atau 0.7 peratus, pada $1.41 tengah hari 24 Januari.

ComfortDelGro, gergasi pengangkutan yang tersenarai, memberitahu Bursa Singapura pada akhir Februari 2023 bahawa ia telah bekerjasama dengan kumpulan pengangkutan British Go-Ahead dan kumpulan penyelenggaraan pengangkutan Sweden, EuroMaint Rail AB "untuk meneroka peluang komersial di Sweden".

Rangkaian sedia ada dikendalikan oleh MTR Hong Kong, yang perjanjiannya adalah sehingga 2025.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg