Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

ComfortDelGro rancang peroleh pengendali teksi A2B di Australia

Dec 22, 2023 | 04:00 PM



Syarikat pengendali teksi terbesar Singapura, ComfortDelGro, berhasrat memperoleh sepenuhnya pengendali teksi A2B di Australia, dengan membeli kesemua baki saham syarikat itu yang belum dimilikinya.

Ia merancang membeli baki saham A2B pada harga A$1.45 ($1.30) sesaham secara tunai.

Demikian diumumkan ComfortDelGro pada 22 Disember, lapor The Straits Times (ST).


Operator rangkaian teksi A2B di Australia itu juga merupakan pembekal teknologi dan penyedia huraian pembayaran bagi industri pengangkutan peribadi.

Syarikat A2B yang tersenarai di Bursa Saham Sekuriti Australia menyediakan beberapa perkhidmatan lain, termasuk khidmat teksi bergelar 13cabs dan Silver Service, serta huraian pembayaran digital Cabcharge.

ComfortDelGro dan anak syarikatnya di Australia, Swan Taxis, kini memiliki sekitar 9.3 peratus saham A2B.

Pada harga A$1.45 sesaham, pembelian baki saham A2B bagi ComfortDelGro bernilai A$165.1 juta ($145.7 juta).

Tawaran tunai itu tidak termasuk pembayaran dividen khas sebanyak 60 sen Australia sesaham oleh A2B, berhubung pendapatan bersih daripada penjualan beberapa hartanah tertentu, yang dijangka dibayar pada Januari 2024.

ComfortDelGro berkata pembelian baki saham A2B itu dibuat berdasarkan nilai ekuiti syarikat pengangkutan Australia itu yang mencecah A$182 juta.

Ia merancang membiayai pembelian saham itu dengan wang tunai dan melalui kemudahan bank sedia ada.

ComfortDelGro berkata keputusan memperoleh baki saham A2B memberi “peluang unik” kepada kumpulan itu untuk memiliki satu portfolio yang merangkumi pelbagai perniagaan, “seiring dengan strateginya untuk meningkatkan perniagaan pengangkutan dari tempat ke tempat di Australia”.

Sambil menyifatkan A2B sebagai melengkapi perniagaannya, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan ComfortDelGro, Encik Cheng Siak Kian, menjelaskan pemerolehan itu juga akan membolehkan kumpulan itu mempelbagai tawarannya di Australia.

Ini akan mengubah ComfortDelGro Corporation di Australia untuk menjadi pemain nasional dalam pengangkutan pelbagai mod, tambahnya.

Transaksi pembelian saham itu dijangka selesai pada separuh pertama 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >