Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Daya usaha baru masjid:Sedia sudut mesra jemaah, budaya kerja bermutu

Sep 29, 2023 | 05:30 AM



Masjid Ar-Raudhah baru-baru ini memperkenal Hari Kecemerlangan Khidmat dan Sudut Mesra Jemaah dengan tujuan mempertingkat budaya kerja bermutu di masjidnya.

Acara pelancaran yang berlangsung pada 16 September di Dewan Yam, Masjid Ar-Raudhah, disertai oleh wakil Lembaga Masjid (MMB), sukarelawan UMMAR, kakitangan masjid, saudara-saudara dari Bangladesh, dan pendamping (befrienders) Masjid Ar-Raudhah.

Bersama hadir dalam acara tersebut ialah Ketua Kecemerlangan Khidmat dari Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Cik Azizah Subhan, yang turut menyampaikan perkongsian tentang daya usaha Muis dalam membangunkan konsep kecemerlangan khidmat untuk diterapkan ke dalam Masjid Ar-Raudhah.

PROJEK SUDUT MESRA JEMAAH

Dalam usaha meningkatkan budaya kerja yang cemerlang, Masjid Ar-Raudhah telah melancarkan daya usaha Sudut Mesra Jemaah (Jemaah Friendly Corner) bersama dengan Hari Kecemerlangan Khidmat untuk memperbaiki pengalaman jemaah masjid.

Pengurus Masjid Ar-Raudhah, Cik Maszita Mohamad, menyatakan bahawa dengan adanya Sudut Mesra Jemaah ini, persekitaran masjid akan menjadi lebih kondusif, terutamanya bagi jemaah yang tiba lebih awal di masjid.

“Jemaah yang hadir ke masjid untuk menunaikan solat boleh duduk sebentar untuk minum dan menjamu hidangan ringan yang disediakan. Pada waktu makan tengah hari, mereka juga boleh membawa bekal dan singgah makan di situ sahaja.

“Ia dapat meningkatkan keselesaan dan memanfaatkan masa jemaah yang ingin berehat, sebelum atau selepas menunaikan ibadah di rumah Allah swt. Ia adalah salah satu penerapan perkhidmatan baik yang diusahakan oleh Masjid Ar-Raudhah dalam membantu memudahkan masyarakat Islam di sini,” ujar Cik Maszita.


SUASANA POSITIF

Penolong Ketua Penglibatan Masyarakat dan Pembangunan Dakwah Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Ahmad Syarif Senewi, berkata kecemerlangan khidmat dalam sesebuah badan seperti masjid sangat penting demi mewujudkan suasana positif untuk pengunjung dan jemaah.

Beliau menambah: “Kecemerlangan khidmat ini bukan tertakluk kepada kemudahan semata-mata, namun ia turut melibatkan kepentingan spiritual dan ibadah komunal.

“Dengan menyuburkan amalan kecemerlangan khidmat, ia mampu melahirkan suasana inklusif, di mana individu dapat mengukuhkan kepercayaan dan sokongan yang baik antara masyarakat.”

Katanya, usaha mengekalkan hubungan baik dalam Islam telah ditekankan oleh Rasulullah saw dalam sebuah hadis yang berbunyi:


“Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

“Hadis tersebut mengangkat kepentingan empati, belas kasihan, dan mengambil berat terhadap orang lain Penghayatan amalan berteraskan agama Islam ini akan menggalakkan orang yang beriman supaya berbuat baik kepada insan-insan di sekeliling mereka demi manfaat bersama,” tambah Ustaz Ahmad Syarif.

CARA MENDERMA KEPADA MASJID AR-RAUDHAH


1. PayNow ke: UEN S93MQ0024E. Isikan ‘Infak MUP’ di ruang ‘rujukan’. Selepas membuat sumbangan, sila WhatsApp ke talian 9461-4306.

2. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 501-806368-001.

3. Cek atas nama ‘Lembaga Pentadbir Masjid Ar-Raudhah’ dan kirim ke alamat 30 Bukit Batok East Avenue 2, Singapura 659919.

4. Wakaf melalui laman arraudhahmosque.mimbar.sg

5. Imbas kod QR yang disediakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >