Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Masjid Hasanah anjur acara di Masjid Darul Aman dalam usaha galak perpaduan umat

Dua masjid gabung tenaga sambut Maulidur Rasul

Nov 10, 2023 | 05:30 AM



Kebanyakan masjid mengadakan sambutan Maulidur Rasul masing-masing di bangunan atau kawasan sendiri, tetapi tidak Masjid Hasanah yang telah menganjurkannya di Masjid Darul Aman pada 28 Oktober lalu.

Langkah itu bertujuan juga mewujudkan perpaduan antara masjid-masjid, demikian jelas Ustaz Badrussalam D’jaffar, imam eksekutif kanan Masjid Hasanah, yang terletak di Teban Gardens Road.

Beliau menambah, ia selaras dengan firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud, ‘‘Dan berpegang teguhlah dengan tali Allah (ajaran dan panduan daripada Allah) dan janganlah kamu berpecah-belah.” (Ali Imran: 103)

Selain itu, tambahnya, tujuan langkah itu juga ialah menarik perhatian penduduk di kawasan timur di mana terletaknya Masjid Darul Aman, terhadap projek peningkatan Masjid Hasanah yang sudah bermula pada Oktober lalu.

Majlis di Masjid Darul Aman di Jalan Eunos itu diraikan dengan syarahan yang disampaikan oleh Ustaz T.M. Fouzy dengan diselang-selikan alunan zikir serta ceramah khas mengenai perjalanan Rasulullah saw.


Lebih 700 jemaah menghadiri majlis tersebut yang turut dijayakan dengan kerjasama sukarelawan daripada Masjid Darul Aman, Masjid Hasanah dan sebuah persatuan setempat, Persatuan Pembangunan Insan dan Akhlak (MHDS).

Pegawai Kanan Jabatan Dakwah Masjid Hasanah, Ustaz Muhammad Syahid Salleh, berkata matlamat atau tujuan utama sambutan Maulud yang diadakan itu ialah menambahkan kecintaan umat terhadap Nabi Muhammad saw.


‘‘Ia juga bertujuan menarik perhatian khususnya penduduk di bahagian timur Singapura mengenai projek peningkatan Masjid Hasanah yang sudah dimulakan pada awal Oktober tahun ini dan dijadualkan berlangsung sepanjang 15 bulan.

‘‘Insya-Allah, dengan semangat ‘One Mosque Sector’, usaha pengumpulan dana bagi peningkatan Masjid Hasanah berjalan dengan lancar,’’ tambahnya.


Selain acara selawat dan ceramah, Masjid Hasanah juga tidak ketinggalan mengadakan gerai-gerai khas untuk sambutan Maulidur Rasul itu.

Sekitar 30 sukarelawan termasuk warga kerja dan anggota pentadbir Masjid Hasanah hadir dengan sama-sama membantu mengendalikan gerai-gerai jualan itu.

Salah seorang sukarelawan Masjid Hasanah, Cik Rohaya Ibrahim, 63 tahun, ketika menyingkap pengalamannya menghadiri majlis itu berkata:

‘‘Saya sangat terharu serta gembira mengetahui dua masjid bergabung untuk mengadakan sambutan Maulidur Rasul pada tahun Hijrah ini. Ia mengeratkan silaturahim dan kerjasama antara kedua-dua masjid di dua kawasan berlainan.’’

Pegawai dakwah Masjid Hasanah, Ustaz Muhammad Fazli Naim, 39 tahun, pula berkata:

‘‘Kerjasama antara dua masjid ini untuk menganjurkan sambutan Maulud dapat mewujudkan bukan sahaja perpaduan antara kedua-duanya, malah tujuan sama itu dapat memberikan khidmat terbaik serta menyeluruh untuk semua lapisan masyarakat Islam di Singapura.’’

Beliau juga berharap supaya kerjasama itu dapat diteruskan untuk memperbaiki lagi program-program yang akan datang. Bagi beliau, usaha murni itu sangat penting bagi mewujudkan serta menguatkan perpaduan antara sesama umat Islam di Singapura.

Pihak Masjid Hasanah juga mengalu-alukan jemaah agar terus menderma bagi projek naik tarafnya.

CARA ORANG RAMAI BOLEH MENYUMBANG KEPADA DANA NAIK TARAF MASJID HASANAH


1. PayNow ke UEN: S70MQ0042B.

2. Pemindahan wang ke dalam akaun OCBC 591-070164-001. Isikan di ruang rujukan’ dengan ‘wakaf’. Jika anda inginkan resit, sila isi borang di www.linktr.ee/hasanahmosque

3. Melalui cek atas nama ‘LPM Hasanah’. Kirimkan ke alamat Masjid Hasanah, 492 Teban Gardens Road, Singapura 608878. Tulis nama, alamat dan nombor telefon di belakang cek.

4. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi pejabat Masjid Hasanah di talian : 65661-7990, Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang serta Sabtu dan Ahad dari 9 pagi hingga 1 tengah hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >