Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Gagal awasi kenderaan dengan betul hingga sebabkan kematian penumpang bas awam

Feb 14, 2024 | 06:17 PM



Seorang pengarah sebuah firma khidmat pelantar minyak, Andrew Fatipah, didakwa gagal mengawasi dengan betul ketika memandu kereta sehingga menyebabkan pemandu bas awam menekan brek serta-merta untuk mengelak perlanggaran daripada berlaku.

Kesalahan Fatipah dikatakan menyebabkan kecederaan serius kepada Encik Siah Keok Tiang, 68 tahun, selepas beliau terjatuh dari tempat duduknya di dalam bas pada 8 September 2021, lapor akhbar The Straits Times.


Semasa siasatan koroner terhadap kematian Encik Siah pada 2022, mahkamah diberitahu mendiang mengalami kecederaan kepala dan patah tulang rusuk selepas terjatuh. Beliau dikejarkan ke hospital tetapi keadaannya semakin teruk.

Koroner Negara, Encik Adam Nakhoda, yang mendapati kematiannya sebagai satu kemalangan, berkata Encik Siah meninggal dunia akibat penyakit jantung dengan kegagalan pelbagai organ pada 16 September 2021.

Fatipah, 46 tahun, yang merupakan pengarah dan pemegang saham Sapphire Oilfield Services, didakwa di mahkamah pada 14 Februari atas tuduhan memandu kereta tanpa pertimbangan munasabah bagi pengguna jalan raya lain.

Menurut dokumen mahkamah, warga Singapura itu memandu di sepanjang North Bridge Road menuju ke arah New Bridge Road sejurus sebelum tengah hari pada 8 September 2021, apabila dia didakwa membuat pusingan kiri secara mengejut untuk memasuki Liang Seah Street.

Pemandu perkhidmatan bas 175 kemudian menekan brek serta merta untuk mengelak perlanggaran, dan ketika itulah Encik Siah terjatuh dari tempat duduknya.

Pegawai penyiasat (IO), Staf Sarjan Kanan Firdaus Suleiman, sebelum ini memberitahu Encik Adam bahawa Encik Siah menaiki bas itu sekitar jam 11.30 pagi pada 8 September 2021, selepas melawat pusat dialisis di Upper Boon Keng Road untuk pemeriksaan kesihatan.

Encik Siah, yang dalam perjalanan pulang, sepatutnya turun di perhentian bas sebelum pusat membeli-belah Bugis Cube di North Bridge Road.

Mahkamah dibeitahu bahawa bas itu bergerak di sepanjang lorong khusus untuk bas di sebelah kiri jalan raya tersebut.

Fatipah didakwa melakukan kesalahan itu tidak lama kemudian dan Encik Siah terjatuh dari tempat duduknya.

Kes Fatipah telah ditangguhkan kepada 13 Mac.

Bagi kesalahan menyebabkan kecederaan parah kepada orang lain semasa memandu kenderaan tanpa pertimbangan munasabah terhadap pengguna jalan raya lain, pesalah kali pertama boleh dipenjara sehingga dua tahun dan denda sehingga $5,000.

Pesalah berulang boleh dipenjara sehingga empat tahun dan denda sehingga $10,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >