Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Gardens by the Bay gesa pengayuh basikal kurangkan laju, elak langgar biawak

Feb 14, 2024 | 07:56 PM



Pihak pengurusan Gardens by the Bay mengingatkan pengayuh basikal agar mengurangkan kelajuan mereka, selepas satu video yang menunjukkan seekor biawak benggala menjadi mangsa pelanggaran, tular di media sosial.

Video yang merakam kejadian pada 11 Februari itu tersebar di Reddit, menunjukkan reptilia itu sedang melintasi satu laluan, sedang seorang pengayuh basikal melalui laluan tersebut. Kedengaran seorang wanita di latar belakang berteriak: “Jaga, jaga!”

Biawak benggala itu berjalan lebih cepat, sedang seorang lagi pengayuh basikal mendekatinya di sebelah kiri hingga berlaku pelanggaran dan memerangkapnya seketika di bawah roda – menyebabkan orang ramai terkejut menyaksikan kejadian itu.

Biawak benggala itu kemudian berlari ke dalam semak di seberang laluan berkenaan.

Klip video 12 saat itu tidak menunjukkan sama ada pengayuh basikal itu berhenti untuk melihat keadaan haiwan itu.

Menjawab pertanyaan The Straits Times, jurucakap Gardens by the Bay mengingatkan pengguna basikal yang melalui Waterfront Promenade supaya memberi perhatian kepada hidupan liar di kawasan itu, mengurangkan kelajuan semasa berbasikal dan mengamalkan sikap bertimbang rasa terhadap orang lain yang berada di laluan taman itu.


Pengguna Reddit yang menyiarkan video itu memberitahu ST bahawa beliau menyaksikan kejadian itu sekitar 11 pagi semasa berjalan di sekitar Gardens by the Bay.


Penunggang basikal itu hampir terjatuh dari basikalnya selepas melanggar biawak berkenaan, tambah pelajar possiswazah itu, yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Encik Sulthan’.

“Penunggang basikal itu sangat tidak bertanggungjawab. Dia tidak perlu mengayuh terlalu laju. Bagaimana jika dia melanggar kanak-kanak? Saya rasa biawak itu akan pulih kerana ia haiwan tahan lasak,” katanya yang berusia 23 tahun.

Jurucakap tersebut berkata, terdapat bonggol pencegah kelajuan yang diletak di beberapa tempat sepanjang Waterfront itu untuk mengawal kelajuan basikal.

Papan tanda yang mendidik pengguna agar memelihara biodiversiti dan menasihatkan pengunjung agar tidak memberi makanan kepada haiwan liar, turut disediakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >