Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Gilis kaki penumpang akibat cuai: Pemandu bas dijel 3 minggu

Mar 15, 2024 | 04:41 PM



Sebuah bas Ekspres Singapura-Johor menggilis kaki seorang penumpang yang terjatuh semasa turun, menyebabkan kedua-dua kakinya terpaksa dipotong kemudian.

Gunaselan R. Subramaniam, 45 tahun, yang memandu kenderaan itu ketika kejadian, dijatuhi hukuman penjara tiga minggu pada 15 Mac.

Warga Malaysia itu turut hilang kelayakan memegang atau mendapatkan semua kelas lesen memandu selama dua tahun dari tarikh dia dibebaskan.

Dia juga dilarang memandu sebarang kenderaan bermotor di Singapura selama dua tahun dari tarikh pembebasannya, lapor The Straits Times.


Dia telah disabitkan pada 8 Mac menyebabkan kecederaan parah kepada Cik Tuminah Sapie, yang berusia 74 tahun ketika nahas itu berlaku, dengan memandu bas secara cuai.

Subramaniam memandu kenderaan itu pada 24 Jun 2019, ketika ia berhenti di ruang berlepas Pusat Pemeriksaan Woodlands sekitar 10.45 pagi untuk menurunkan penumpang.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Ariel Tan memberitahu mahkamah bahawa Subramaniam gagal melakukan pemeriksaan semasa Cik Tuminah turun dari bas kerana dia sedang berbual menggunakan telefon bimbitnya.

Seorang lagi penumpang juga telah memberi keterangan di mahkamah bahawa beliau mendengar Subramaniam bercakap pada peranti itu semasa penumpang sedang turun dari bas tersebut.

Cik Tuminah, yang merupakan penumpang terakhir keluar dari bas, memberitahu Hakim Daerah Cheng Yuxi bahawa beliau berdiri di tangga pintu keluar belakang kenderaan itu apabila merasakan ia bergerak semula.

DPP Tan berkata:

“Dalam keterangannya, beliau tidak dapat mengawal badannya apabila bas itu bergerak secara tiba-tiba, yang mengakibatkan beliau terjatuh dari bas.”

Ketika itulah beliau merasa kakinya digilis oleh tayar bas, tambahnya.

Cik Tuminah yang dikejarkan ke hospital, didapati cedera parah, termasuk pangkal paha kanannya remuk dan beberapa tulangnya patah.

“Kecederaan yang dialaminya mengakibatkan kededua belah kakinya dipotong di atas paras lutut,” tambah DPP Tan.

Subramaniam mengakui bahawa dia merasakan basnya “naik atas bonggol” selepas dia menutup pintu dan mula memandu.

Pendakwa raya menambah:

“Orang yang munasabah akan memandu hanya selepas memastikan semua penumpang telah turun dengan selamat dan memeriksa semua cermin.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >