Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Hampir 50,000 hadir sokong PN-PAS

Jul 28, 2023 | 07:51 PM



TERENGGANU: Sesak. Gamat. Padu – begitulah yang dapat disimpulkan bagi menggambarkan majlis Pengisytiharan Calon Perikatan Nasional (PN)/Parti Islam SeMalaysia (PAS) bagi Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) Terengganu di Dewan Tok Guru, Rusila, pada 27 Julai, yang menyaksikan 50,000 penyokong mereka memberi sokongan padu.


Penyokong yang hadir – baik warga tua, muda, belia dan kanak-kanak yang dibawa ibu bapa mereka – memberi reaksi spontan apabila diminta menyanyikan lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, dan lagu tema PN-PAS, Teguh Pertahan, bagi menghadapi PRN15 pada 12 Ogos ini.


Diselang-seli dengan laungan takbir dan ajakan supaya mengibarkan bendera kededua PN dan PAS, mereka mencerminkan perpaduan dan keyakinan yang diluahkan kepimpinan parti gabungan itu untuk menyapu bersih kesemua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Selain mendengar ceramah dan menyaksikan calon-calon yang dinamakan, penyokong juga dapat membeli-belah kemeja-T, makanan dan minuman – di kawasan lapang dan di sepanjang jalan raya di depan Masjid Rusila, yang merupakan kubu kuat PAS di Terengganu.

Untuk melengkapkan sokongan, beribu-ribu bendera turut diberikan secara percuma kepada semua yang hadir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >