Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Pilihan Raya Negeri Malaysia

PN-PAS yakin dapat sapu bersih DUN Terengganu

Presiden PAS Hadi Awang minta setiap DUN bekerja sungguh-sungguh pastikan kemenangan 32-0
Jul 28, 2023 | 06:46 PM



Pemimpin tertinggi kerajaan Perikatan Nasional (PN), yang turut menggabungkan Parti Islam SeMalaysia (PAS), melahirkan keyakinan seraya meramalkan ia akan dapat menyapu bersih kesemua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan di Terengganu dalam Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) pada Ogos.

Keyakinan itu diluahkan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Senator Datuk Husain Awang, di depan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, semasa majlis Pengisytiharan Calon PN/PAS PRN15 Terengganu di Dewan Tok Guru, Rusila, pada 27 Julai.

Berucap kepada seramai hampir 50,000 penyokong PN-PAS yang membanjiri dewan dan kawasan lapang bersebelahan kubu kuat PAS di Masjid Rusila di sini, Tan Sri Abdul Hadi, yang turut menerima julukan sebagai ‘Tuan Guru’, menyeru jentera PAS dan PN supaya melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

“Kita minta supaya tiap-tiap DUN bekerja dengan sungguh-sungguh. Pastikan di Terengganu ini kita dapat 32-0.
“Pastikan kita kerja kuat untuk menangkan calon yang bertanding. Insya-Allah, dengan izin Allah kita boleh menang,” kata beliau, yang juga Timbalan Pengerusi PN.

Keyakinan yang sama diluahkan Datuk Takiyuddin, ahli Majlis Tertinggi PN, yang mengajak penyokong PN-PAS memastikan kemenangan itu dengan disambut jawapan “boleh” oleh penyokong.

PAS berjaya membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 22 kerusi DUN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 2018 dan akan berusaha mengekalkan kedudukan itu dalam PRN15.

Selain itu, ia menguasai Kelantan – yang memang kubu kuat PAS – dan Kedah.

“Kami sudah ada 22 kerusi dan sedang berusaha tawan 10 lagi kerusi berbaki,” kata Senator Datuk Husain.

Dalam PRU-14, Umno tumbang di Terengganu apabila hanya menang 10 kerusi DUN iaitu Hulu Besut, Jertih, Kuala Besut, Permaisuri, Langkap, Batu Rakit, Seberang Takir, Telemong, Bukit Besi dan Kijal.

Dalam PRU-15 pada 2022,  PAS mencipta rekod apabila memenangi kesemua lapan kerusi Parlimen di Terengganu dan 14 kerusi di Kelantan, sebilangan besarnya dengan undi majoriti yang besar.

Sementara itu, seramai 27 calon Barisan Nasional (BN) menerima watikah pelantikan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu.

Untuk membentuk kerajaan negeri Terengganu yang baru, mana-mana parti politik dan gabungannya perlu memenangi sekurang-kurangnya 17 kerusi untuk mencapai majoriti daripada jumlah keseluruhan 32 kerusi yang dipertandingkan dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >