Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Harga pakej bersih, dimampui

Nov 28, 2023 | 6:00 AM
GAMBAR KENANGAN: Jemaah Noor Mohamad Services & Travel Pte Ltd bergambar di hadapan Masjid Namirah, Arafah, pada musim haji lepas.
GAMBAR KENANGAN: Jemaah Noor Mohamad Services & Travel Pte Ltd bergambar di hadapan Masjid Namirah, Arafah, pada musim haji lepas. - Foto NOOR MOHAMAD SERVICES & TRAVEL PTE LTD

Dengan memilih pakej umrah dan haji yang dipercayai seperti yang ditawarkan Noor Mohamad Services & Travel Pte Ltd, jemaah tidak lagi perlu khuatir tentang apa-apa kos tambahan atau kos tersembunyi.

Hal ini kerana agensi pengurusan tersebut menawarkan pakej ibadah dengan harga bersih dan lengkap.

Sebagai ‘jambatan’ perkhidmatan jemaah ke tanah suci Makkah dan Madinah, syarikat ini sangat mengutamakan penyediaan perkhidmatan termampui dan terbaik kepada jemaah.

Menerangkan lebih lanjut tentang perkhidmatan syarikat ini, Ustazah Juyda Noor Mohamad, Pengarah Noor Mohamad Services & Travel Pte Ltd, berkata:

“Daripada Januari hingga Disember 2024, kami menyediakan pelbagai pakej umrah serendah $4,780 sahaja. Lebih istimewa lagi, syarikat kami tidak mengenakan kos tersembunyi. Harga yang dibayar lengkap dan merangkumi hampir kesemua perkara.

“Jemaah hanya perlu bawa ‘duit jajan’ atau duit untuk bersedekah di sana. Selain itu, kami memberi fokus kepada ibadah umrah itu sendiri dengan menawarkan peluang tiga kali umrah kepada jemaah bersama mutawwif, atau pembimbing.

“Bagi pakej haji pula, Noor Mohamad Services & Travel Pte Ltd memastikan harganya dalam kategori yang dimampui supaya jemaah dapat memenuhi tuntutan rukun Islam kelima.”

Dengan jutaan jemaah di tanah suci, mereka diingatkan agar bersedia menghadapi cabaran-cabaran semasa menunaikan ibadah haji atau umrah.

“Selain daripada cuaca panas, jemaah juga perlu bekerjasama dalam memahami jangkaan keadaan yang berlaku di sana. Keadaan di Arafah dan Muzdalifah adalah berbeza dengan keadaan di sini.

“Jemaah di Arafah akan duduk di dalam khemah bersama kemudahan tandas yang terhad dan rata-rata tandasnya jenis mencangkung. Di Muzdalifah pula, jemaah Singapura akan bermalam (mabit) dengan berlantaikan bumi dan berbumbungkan langit sahaja.

“Dalam memahami keadaan ini secara lebih terperinci, jemaah perlu melihat banyak video atau gambar pelaksanaan haji atau umrah terdahulu agar ia sedikit sebanyak dapat memberi gambaran lebih jelas sewaktu menunaikan ibadah.

“Tidak kira ibadah umrah atau haji, jemaah perlu membuat persediaan dari segi rohani, fizikal, mental, kewangan dan kesihatan bagi memperolehi ibadah yang sempurna. Ibadah haji ini bukan platform untuk kejar populariti atau gelaran haji/hajah, tetapi ia adalah ibadah yang dituntut agama Islam. Justeru, ia perlu dilaksanakan sebaik mungkin,” jelas Ustazah Juyda.

Selain itu, pakej umrah Noor Mohamad Services & Travel Pte Ltd merangkumi ibadah di kawasan Madinah dan Makkah.

Pada musim cuti sekolah pula, agensi pengurusan umrah ini akan mengadakan Umrah Dengan Aqsa iaitu pakej melawat ke tiga masjid teragung bagi umat Islam iaitu Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa.

CARA DAPATKAN PERKHIDMATAN

Jemaah boleh menghubungi pejabat syarikat di talian 6743-5321 atau WhatsApp ke talian 9225-1684. Anda juga boleh menghantar e-mel kepada noormst@gmail.com atau lungsuri lelaman noormohamad.com.

Untuk jemaah haji, proses pendaftaran harus dilakukan di pejabat bagi melengkapkan kertas kerja yang diperlukan. Untuk jemaah umrah pula, boleh sahaja mendaftar melalui e-mel, telefon dan WhatsApp.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg