Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Hubungan Saudi-Israel bergantung kepada penubuhan negara Palestin’

Jan 11, 2024 | 3:30 PM
BINCANG BERSAMA: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken (kiri) bertemu Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman di al-Ula di barat laut Arab Saudi pada 8 Januari.
BINCANG BERSAMA: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken (kiri) bertemu Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman di al-Ula di barat laut Arab Saudi pada 8 Januari. - Foto AFP

RIYADH: Setiausaha negara Amerika Syarikat, Encik Anthony Blinken, dan seorang duta Arab Saudi menegaskan pengiktirafan diplomatik Israel oleh Arab Saudi mungkin dibolehkan jika Israel meringankan penderitaan penduduk Gaza dan meletakkan rakyat Palestin di jalan menuju kenegaraan.

Semasa mesyuarat di Tel Aviv, Encik Blinken berkata Israel mempunyai “peluang sebenar” untuk mengukuhkan hubungan dengan negara-negara Arab, ketika ia berusaha mencari titik akhir perangnya terhadap Hamas dan menenangkan keganasan serantau yang timbul daripada konflik di Gaza.

Komen Encik Blinken merujuk kepada pengisytiharannya pada malam 8 Januari, selepas perbincangan di kem diraja Saudi di padang pasir, bahawa Arab Saudi dan negara-negara lain tetap berminat untuk akhirnya membina hubungan diplomatik dengan Israel walaupun berlaku kemusnahan di Gaza.

Tetapi pemimpin Arab menegaskan Israel mesti menamatkan perang Gaza terlebih dahulu dan berusaha ke arah pembentukan negara Palestin, kata Encik Blinken.

Kenyataannya itu bertentangan dengan pendirian pemerintah Israel.

Seorang pegawai kanan Saudi berkata perkara yang sama pada 9 Januari, dalam isyarat paling kuat sejak serangan Hamas 7 Oktober bahawa Riyadh tetap terbuka untuk perbincangan normalisasi, selagi Israel mengambil langkah konkrit yang akan menguntungkan rakyat Palestin, lapor The New York Times.

Putera Khalid bin Bandar bin Sultan, duta Arab Saudi ke Britain, berkata bahawa perbincangan kerajaannya dengan Amerika mengenai normalisasi berkisar pada titik akhir yang “termasuk tidak kurang daripada negara Palestin yang merdeka.”

Selepas pertemuan dengan pelbagai pegawai Israel, termasuk Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu dan kabinet perang negara itu, Encik Blinken berkata pada sidang akhbar bahawa penyepaduan Israel ke dalam wilayah itu bukanlah pengganti kepada “ufuk politik bagi rakyat Palestin dan akhirnya sebuah negara Palestin”.

Dalam perbincangan dengan Encik Netanyahu, Encik Blinken berkata, mereka bersetuju dengan rancangan untuk membolehkan pasukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menilai apakah syarat yang diperlukan untuk rakyat Palestin pulang ke rumah mereka di utara Gaza.

Tetapi Encik Blinken berkata beliau bertegas kepada Encik Netanyahu bahawa rakyat Palestin pulang ke tanah air sebaik syarat dibenarkan, dan juga bahawa Amerika Syarikat menentang sebarang usaha menempatkan semula penduduk Palestin di luar Gaza. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg