Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

ISD siasat wanita S’pura disyaki terlibat kegiatan pengganasan

Nov 22, 2024 | 4:44 PM
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) berkata ia tidak dapat memberikan butiran lanjut mengenai kes itu kerana siasatan sedang dijalankan.
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) berkata ia tidak dapat memberikan butiran lanjut mengenai kes itu kerana siasatan sedang dijalankan. - Foto Fail ST

Seorang wanita warga Singapura sedang disiasat kerana disyaki terlibat dalam aktiviti berkaitan pengganasan.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) mengesahkan siasatan tersebut sebagai menjawab pertanyaan The Straits Times pada 22 November.

Mesej mengenai wanita itu muncul pada 19 November di saluran Telegram, yang mempunyai lebih 200,000 pelanggan dan memberi maklumat berkaitan perang yang sedang berlaku di Gaza.

Ia turut menyatakan bahawa pihak berkuasa Singapura telah menangkap wanita itu dan merampas peranti elektroniknya.

Kemas kini yang dibuat kemudian menyatakan wanita tersebut telah dibebaskan.

ISD berkata ia tidak dapat memberi butiran lanjut mengenai kes itu kerana siasatan sedang giat dijalankan.

Pada Ogos, seorang penyokong kumpulan pengganas IS, warga Singapura berusia 17 tahun, telah ditangkap hanya beberapa minggu sebelum dia dapat melaksanakan rancangan membunuh orang bukan Islam di Tampines semasa cuti sekolah pada September.

Dia berlatih gerakan menikam dengan menggunakan gunting, dan dikatakan bersedia mati diserang oleh polis atau orang awam yang bertindak balas terhadapnya.

Mengulas ketika itu, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, berkata ini adalah kes yang hampir menjadi kenyataan tetapi pihak berkuasa berjaya mencegah dan memberkas remaja itu – yang tidak dinamakan – sebelum hasratnya tercapai.

Wanita pertama yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana radikalisme telah diberkas pada 2017.

Warga Singapura berusia 22 tahun itu, yang diradikalkan oleh propaganda dalam talian IS, mahu menjadi “balu syahid” bagi kumpulan pengganas itu dan mencari penyokong IS untuk berkahwin dan menetap di Syria.

Pada Julai 2024, seorang wanita berusia 33 tahun telah dikenakan perintah sekatan di bawah ISA.

Bekas penjawat awam itu sudah berada dalam radar pihak berkuasa kerana membuat siaran dalam talian yang boleh mencetuskan ketidakharmonian sosial.

Dia menarik perhatian sekali lagi pada April untuk aktiviti dalam taliannya, termasuk ancaman untuk menyerang dan membunuh warga Israel.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg