Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

INTERNATIONAL REPATRIATION & FUNERAL (IRF)

Jadi juruawet jenazah Muslimah pertama di S’pura penuh cabaran

Nov 10, 2023 | 05:30 AM



Meskipun pekerjaan yang dilakukannya penuh cabaran, Cik Zainab Ash Shughra Amer tetap gigih dan melakukannya dengan ikhlas.

Sebagai pengawet mayat Muslimah pertama di Singapura, Cik Zainab, atau lebih dikenali sebagai Cik Zai dalam kalangan teman dan rakan sekerja, tugasan yang dipikulnya membawa seribu cabaran, tanggungjawab dan amanah yang berat.

Bermula sebagai jurumandi mayat wanita secara sukarela pada 2020, Cik Zai mula berjinak-jinak dengan bidang pengawetan mayat setelah mendalami ilmu pengawetan dan anatomi sistem di Manila, Filipina, dan memulakan syarikatnya sendiri, International Repatriation & Funeral (IRF), pada Oktober 2023. Syarikat IRF menawarkan khidmat pengangkutan jenazah, pengawetan mayat, sekali gus perkhidmatan untuk memandikan dan mengkafankan jenazah Muslim.


Bagi Cik Zai, 38 tahun, tidak semua orang mampu melakukan pekerjaan ini. Ini kerana ia memerlukan kemantapan emosi dan fizikal yang tinggi, kuat semangat dan kental melakukan pekerjaan ini sebaik mungkin. Sebagai pengawet jenazah bagi orang Islam juga, banyak perkara yang harus dihormati seperti aurat dan keaiban jenazah, harus dijaga dan disimpan sendiri. 

“Sudah tiba masanya Singapura ada syarikat jenazah yang bukan saja menguruskan mandi dan kafan, tapi mengawetkan juga dalam satu pakej, di bawah syarikat yang sama. Dengan ini, jenazah boleh dijamin, dilakukan sendiri oleh pengawet wanita beragama Islam, agar jenazah tersebut terjaga kehormatan serta auratnya sebaik mungkin, insya-Allah.

“Visi syarikat saya adalah melengkapkan semua amanah yang diberikan kepada kami sebaik mungkin,” jelas Cik Zai yang menyelenggarakan sekitar 20 jenazah setiap bulan. 

Ibu lima anak ini turut menjelaskan, ramai lagi pengawet Muslimah yang diperlukan di negara ini, memandangkan landskap dalam bidang pengawetan semakin diperlukan, bukan hanya untuk warga bukan Muslim bahkan orang Islam juga. 

“Apa yang kita ketahui, pekerja migran seperti pembantu rumah Islam dari Indonesia yang meninggal dunia akan diterbangkan pulang ke negara asal mereka. Sebelum jenazah boleh diterbangkan ‘pulang’, banyak proses yang perlu dijalankan dengan ketat. 

“Di sini, khidmat pengawetan amat diperlukan supaya jenazah dapat pulang dengan sempurna dan ditatap keluarga mereka buat kali terakhir sebelum dikebumikan.

“Di Singapura, kita perlukan pelapis, khususnya untuk menguruskan jenazah Muslimah. Sudah tentu kami perlukan pengawet yang kuat mental dan emosi sebab cabaran mengawetkan jenazah ini sangat berbeza dan mencabar.

“Setiap jenazah juga mempunyai cabaran tersendiri, seperti jasad yang kurang sempurna dan banyak lagi,” kata Cik Zai yang sebelum ini bertugas dalam bidang kewangan di bank ternama di sini.

Lulusan Madrasah Alsagoff Al-Arabiah dan Madrasah Al-Junied Al-Islamiah ini juga menekankan, beliau akan memulakan tugasannya terlebih dahulu dengan membaca doa dan surah-surah lazim sepanjang menjalani proses pengawetan. Cik Zai juga akur hukum asal pengawetan adalah haram dalam Islam, namun dibolehkan dalam beberapa keadaan terdesak.

Syarikat IRF juga menawarkan khidmat pengawetan dan penghantaran jenazah warga bukan Islam. Untuk maklumat lanjut, sila lungsuri Facebook IRF Pte Ltd atau hubungi talian syarikat di 8933-3481.

Di samping itu, Cik Zai juga bakal mengadakan perbincangan tentang pengawetan jenazah ‘Embalming Talk’ di Masjid Ahmad Ibrahim pada 2 Disember ini. Untuk pendaftaran, sila hubungi talian 8933-3481. Tempat terhad, hanya 50 peserta pertama disediakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >