Rencana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jadi ‘jurusolek’ mayat, tukang awet jenazah demi penuhi tuntutan, isi kekosongan

Jul 11, 2023 | 5:30 AM
LAIN DARIPADA LAIN: Kenakan sarung tangan, Raja Ashraf Raja Khalif ibarat ‘pakar bedah’ apabila melakukan prosedur mengawet jenazah.
LAIN DARIPADA LAIN: Kenakan sarung tangan, Raja Ashraf Raja Khalif ibarat ‘pakar bedah’ apabila melakukan prosedur mengawet jenazah. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Dengan mukanya yang serius, suaranya yang garau dan tubuhnya menyandang beg hitam, sukar untuk percaya bahawa beliau sedang membawa bermacam-macam jenis kelengkapan penghias diri – daripada bedak muka, celak hingga ke gincu.

Tetapi inilah realiti pekerjaannya yang bukan sahaja memerlukan beliau untuk menjadi ‘jurusolek’ bahkan menjadi ‘pakar bedah’ bagi mayat-mayat yang diurusnya setiap hari.

Selain kemahiran menyolek, Raja Ashraf Raja Khalif, 37 tahun, juga perlu mengenali sistem biologi manusia untuk melakukan pelbagai prosedur bagi tujuan mengawet jenazah itu agar ia tidak cepat membusuk.

Apabila ditanya jika beliau pernah terkena badi mayat, Raja Ashraf berkata pengalamannya sebaliknya, dan mimpi-mimpinya tentang mayat yang diurus selalu yang baik-baik sahaja.

Raja Ashraf tidak menafikan bahawa pilihan kerjayanya kerap dipersoal memandangkan beliau beragama Islam, namun berkata niatnya adalah untuk membantu jenazah Islam yang perlu dibawa pulang ke negara asal.

Mengikut peraturan, jenazah yang perlu dieksport keluar Singapura – contohnya pekerja migran yang jasadnya mahu di bawa pulang ke negara sendiri – perlu menjalani proses pengawetan dan jenazah Islam tidak terkecuali.

Justeru, Raja Ashraf mahu menjadi orang yang dapat tampil menguruskan jenazah Muslim memandangkan beliau lebih tahu akan tatacara agama dalam menguruskan mayat.

Ini termasuk memahami bahawa mayat perlu ditangani dengan lembut, dan auratnya perlu dijaga.

Buat masa ini, beliau merupakan salah seorang daripada antara tiga tukang awet jenazah Islam yang berdaftar dalam senarai tukang awet mayat yang bekerja di rumah jenazah berlesen di bawah Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg