Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jualan runcit S’pura merosot 0.4% pada Dis

Feb 5, 2024 | 5:28 PM
Sepuluh daripada 14 kategori jualan runcit  menguncup dari tahun ke tahun, termasuk pakaian dan kasut.
Sepuluh daripada 14 kategori jualan runcit menguncup dari tahun ke tahun, termasuk pakaian dan kasut. - Foto fail

Jualan runcit di Singapura merosot 0.4 peratus dari tahun ke tahun pada Disember, membalikkan kenaikan 2.4 peratus pada bulan sebelumnya, sedang kebanyakan industri mencatat penurunan dalam penjualan.

Dari segi bulan ke bulan dan setelah diselaraskan secara musiman, jualan runcit susut 1.5 peratus, membalikkan kenaikan 0.5 peratus pada November, menurut data Jabatan Statistik Singapura (Singstat) pada 5 Februari.

Jualan runcit pada Disember berjumlah $4.7 bilion, dengan jualan dalam talian menyumbang 13.1 peratus daripadanya, iaitu 2.2 peratusan mata lebih rendah daripada 15.3 peratus pada November, lapor The Straits Times.

Tidak termasuk kenderaan bermotor, jualan runcit berkurangan 2.7 peratus daripada setahun lalu, dan menyusut 3 peratus dari bulan ke bulan, setelah diselaraskan secara musiman.

Sebanyak 10 daripada 14 kategori jualan runcit menguncup dari tahun ke tahun pada Disember, iaitu:

– gedung serbaneka (-5.8 peratus)

– pasar raya dan pasar raya besar (-2.9 peratus)

– pasar mini dan kedai serbaneka (-8.2 peratus)

– kedai khidmat petrol (-3.8 peratus)

– kosmetik, peralatan mandian dan barangan perubatan (-0.1 peratus)

– pakaian dan kasut (-6.2 peratus)

– perabot dan kelengkapan rumah (-8.5 peratus)

– barangan rekreasi (-12.3 peratus)

– barangan optik dan buku (-11.8 peratus)

– lain-lain (-0.5 peratus).

Pengecualiannya, atau kategori runcit yang menikmati kenaikan jualan tahun ke tahun ialah:

– Makanan dan alkohol (4.4 peratus)

– Kenderaan bermotor (23.8 peratus)

– Jam tangan dan barang kemas (6 peratus)

– Peralatan komputer dan telekomunikasi (1.9 peratus)

Dari segi bulan ke bulan, jualan merosot bagi 11 daripada 14 kategori.

Kenderaan bermotor mencatat peningkatan terbesar sebanyak 11.3 peratus, manakala jualan bagi pakaian dan kasut mencatat kemerosotan dua bulan berturut-turut yang terbesar, iaitu 10.1 peratus.

Jualan bagi perkhidmatan makanan dan minuman naik 0.3 peratus dari tahun ke tahun, tetapi merosot 1.9 peratus dari bulan ke bulan, dengan pertumbuhan dalam dua daripada empat segmen: restoran (-4.8 peratus), kedai makanan segera (-2.9 peratus), khidmat katering makanan (14.5 peratus) dan kafe, pusat makanan dan tempat makan lain (3.8 peratus).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg