Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Firma pengilangan, perkhidmatan optimis bagi separuh pertama 2024: Tinjauan

Jan 31, 2024 | 05:40 PM



Lebih banyak syarikat pengilangan tempatan menunjukkan sentimen optimis mengenai keadaan perniagaan pada separuh pertama 2024.

Walaupun sentimen dalam kalangan firma perkhidmatan agak sederhana, ia masih kekal positif, menurut satu tinjauan pada 31 Januari.

Sekitar 10 peratus syarikat pengilangan menjangka keadaan perniagaan menjadi bertambah baik bagi tempoh Januari hingga Julai 2024, menurut tinjauan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB).

Ini lebih tinggi daripada dapatan 7 peratus dalam tinjauan suku tahunannya sebelum ini, lapor The Straits Times (ST).


Menurut EDB, industri semikonduktor sedunia yang kini semakin pulih dijangka merangsang permintaan, walaupun di tengah-tengah cabaran geopolitik dan ekonomi yang berterusan.

Bagi sektor perkhidmatan, sebanyak 5 peratus syarikat menjangka prospek perniagaan lebih baik dan menggalakkan – turun daripada 9 peratus dalam tinjauan sebelum ini, menurut Jabatan Statistik Singapura (Singstat).

Di kalangan syarikat pengeluar pula, kelompok elektronik paling optimis.

“Sentimen positif ini pada umumnya didorong oleh segmen semikonduktor yang menjangka pemulihan beransur-ansur dalam permintaan sedang tahap inventori di pasaran akhir kembali normal, di samping permintaan kukuh bagi cip berkaitan AI (kecerdasan buatan),” menurut EDB.

Bagi kelompok kejuruteraan pengangkutan, sebanyak 14 peratus firma menjangka keadaan perniagaan positif akan berpanjangan, dirangsang oleh segmen kejuruteraan marin dan luar pesisir, yang terus melihat tempahan kukuh daripada industri minyak dan gas, serta tenaga boleh diperbaharui.

Firma dalam segmen aeroangkasa juga menjangka permintaan berterusan untuk khidmat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih pesawat, dengan perjalanan udara sedunia dan serantau yang kukuh, kata EDB.

Bagi kelompok kejuruteraan jitu, sebanyak 8 peratus syarikat adalah optimis. Syarikat menjangkakan tempahan yang lebih baik untuk peralatan berkaitan semikonduktor dan wayar ikatan.

Bagaimanapun, dari segi pengeluaran, sebanyak 6 peratus syarikat pengeluar menjangka hasil pengeluaran lebih rendah pada suku pertama 2024, berbanding suku keempat 2023.

Semua kelompok kecuali kejuruteraan pengangkutan dan bahan kimia meramal tahap pengeluaran lebih rendah.

Dalam industri elektronik, pengeluar semikonduktor menjangka suku pertama yang lemah secara musiman.

Berhubung tenaga kerja, kebanyakan syarikat dalam sektor perkilangan menjangka tahap pekerjaan pada suku pertama 2024 kekal sama dengan suku keempat 2023.

Dari segi pesanan eksport, kebanyakan firma tidak melaporkan sebarang faktor yang boleh menjejas pesanan eksport yang baik pada suku pertama 2024.

Bagaimanapun, antara cabaran yang mungkin dihadapi syarikat itu termasuk persaingan harga daripada pesaing luar negara, dan keadaan politik atau ekonomi di luar negara, contohnya, ketegangan atau konflik geopolitik dan inflasi yang meningkat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >