Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Kategori COE berasingan bagi kereta sewa privet mungkin diperkenal: Chee Hong Tat

Jan 09, 2024 | 06:14 PM



Singapura tidak menolak kemungkinan mengadakan kategori Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) berasingan bagi kereta milik syarikat kereta sewa privet (PHV).

Bagaimanapun, langkah itu perlu dikaji dengan teliti agar ia tidak menjejas bekalan COE untuk kenderaan kategori lain, menurut Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat.  

Jika dilaksanakan, ia mungkin dibuat pada waktu berlainan daripada perubahan peraturan lain dalam sektor pengangkutan dari satu tempat ke tempat (P2P), katanya lagi, dalam temu bual dengan akhbar berbahasa Cina, Lianhe Zaobao (LHZB).


Sejak beberapa tahun lalu, kehadiran pengendali PHV yang beroperasi secara komersial dalam bidaan COE sering dilihat sebagai meningkatkan permintaan kenderaan dan menaikkan harga COE, menurut The Business Times (BT).


Encik Chee berkata di Parlimen pada November 2023 bahawa kereta sewa privet bukanlah faktor utama yang menyebabkan kenaikan harga COE kerana ia membentuk peratusan kecil COE.

Bagaimanapun, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada September berkata ia akan menyemak struktur dan rangka kerja kawal selia bagi sektor pengangkutan P2P Singapura, merangkumi teksi dan khidmat tempahan awal (ride-hail).


Semakan itu akan memberi tumpuan kepada ketersediaan bekalan, daya tahan dan keterangkuman khidmat teksi dan kenderaan sewa privet.

Dalam temu bual itu, Encik Chee berkata semakan bagi kategori COE berasingan akan menyasarkan PHV milik syarikat, dan tidak melibatkan kereta milik individu.

Sekitar tiga perempat daripada kereta sewa privet yang baru didaftarkan dimiliki syarikat, katanya lagi.

Selebihnya dimiliki individu yang biasanya membelinya untuk kegunaan peribadi, dan hanya menyediakan khidmat sewa kereta secara sambilan pada waktu sesak atau hujung minggu.

Oleh itu, kenderaan mereka berbeza daripada PHV yang beroperasi secara komersial sahaja, jelas beliau.

Menurut LHZB, pemain industri telah mengusulkan PHV diletakkan dalam kategori sama dengan teksi.


Teksi telah dikeluarkan daripada proses bidaan COE pada 2012. COE bagi teksi kini disediakan daripada Kategori Terbuka, dan dikenakan premium bagi COE Kategori A, berdasarkan purata harga COE dalam tiga bulan sebelumnya.

Encik Chee menyatakan jika PHV mempunyai kategori COE khas seperti teksi, ia bermakna sebilangan kuota COE perlu dikurangkan daripada Kategori A dan B.

Kategori A adalah bagi kereta lebih kecil manakala Kategori B adalah bagi kereta lebih besar.

Ini bukanlah tugas mudah katanya, kerana pemerintah perlu mengukur permintaan PHV dalam setiap bidaan COE dengan tepat.

Sehingga November 2023, bilangan PHV adalah 79,921, jauh melebihi bilangan teksi yang berjumlah 13,622 di sini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >