Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

COE kereta besar turun ke $85,010

Jan 4, 2024 | 6:04 PM
HARGA COE TURUN: Premium Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) Kategori B ialah $85,010, sementara COE Kategori A ialah $65,010.
HARGA COE TURUN: Premium Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) Kategori B ialah $85,010, sementara COE Kategori A ialah $65,010. - Foto ST

Premium Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) bagi kereta besar jatuh ke paras bawah $100,000 buat kali pertama sejak Oktober 2022 pada pelaksanaan tender pertama 2024 yang ditutup pada petang 4 Januari.

COE Kategori B iaitu bagi kereta berkuasa lebih tinggi dan kenderaan elektrik (EV), jatuh sebanyak 22.7 peratus kepada $85,010 daripada $110,001 pada tender sebelumnya.

Premium bagi COE Kategori A ialah $65,010, 23.5 peratus kurang berbanding $85,000 dua minggu lalu.

Premium bagi COE Kategori Terbuka pula ialah $106,388, turun 10.1 peratus daripada $118,388.

Walaupun COE sedemikian boleh digunakan untuk mendaftarkan sebarang jenis kenderaan selain motosikal, ia hampir selalu digunakan bagi kereta yang lebih besar dan berkuasa lebih tinggi.

COE kategori terbuka juga boleh dipindah milik dan peniaga lazimnya mendapatkannya sebelum acara besar seperti Pameran Motor Singapura, yang akan diadakan pada 11 Januari, supaya kereta yang dijual pada acara itu boleh didaftarkan tanpa perlu menunggu latihan tender seterusnya.

Premium COE kenderaan komersial turun 2.6 peratus kepada $67,599 daripada $69,423.

Pada $9,114, premium COE untuk motosikal merupakan satu-satunya kategori yang mencatatkan peningkatan, naik sebanyak 1.2 peratus daripada $9,002.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg