Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Kerjasama firma M’sia-S’pura, bawa masuk produk makanan

Jul 28, 2023 | 05:30 AM



Sempena Malaysia Fest 2023, MabrookSG mempergiat kerjasama dengan syarikat dari Malaysia dalam usaha mempromosi produk makanan halal toyyiban (baik) kepada umat Islam Singapura.


Meluaskan jaringan pemasarannya, syarikat HTMAS International Pte Ltd telah memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan syarikat pengeluar dari Malaysia, Sidratul Corporation Sdn Bhd, sebagai langkah memajukan industri perniagaan dan meluaskan rangkaian produk halal.

Pengarah Urusan HTMAS International Pte Ltd merangkap Pengasas MabrookSG, Encik Muhammad Khairul Jameel Yahya, turut berkongsi rasa syukur atas pemeteraian perjanjian perniagaan bersama Sidratul Corporation yang telah berlangsung pada 27 Julai yang lalu.

Ketika dihubungi, Encik Muhammad Khairul berkata:

“Alhamdulillah, MabrookSG berbesar hati kerana dapat membekal produk halalan toyyiban kepada seluruh masyarakat Islam Singapura serta menjalin ruang perniagaan dan ukhuwah dengan negara jiran. Segala produk keluaran kami sangat diyakini kerana kilang yang mengeluarkan produk-produk ini juga disahkan mengikuti piawaian pengilangan Islam (IMP).”


PRODUK BERSAMA BAHAN ISTIMEWA

Menawarkan produk berasaskan kesihatan, MabrookSG mengeluarkan produk eksklusifnya, Premium Mabrook Honey Cinnamon, yang pertama di Singapura. Produk madu bersama campuran kayu manis ini, merupakan sejenis herba yang mempunyai pelbagai kegunaan dalam masakan dan bermanfaat untuk meningkatkan tahap kesihatan.

Selain itu, MabrookSG juga mengeluarkan enam minuman kordial premium berperisa kismis, delima, nanas, kurma, buah tin dan rumpai laut, yang diadunkan daripada pati buah-buahan bersama campuran gula pasir, gula stevia dan Al-Manna (gum arabik) iaitu, antara makanan baik yang disebut dalam Al-Quran.

LANCARKAN MINYAK PELBAGAI GUNA

Sementara itu, MabrookSG turut memasarkan Mabrook Oil sebagai minyak serbaguna yang mujarab dengan pelbagai kegunaan dan sesuai untuk semua lapisan umur.

Ia mengandungi bahan campuran minyak pati, jintan manis, kulit kayu manis, bunga cengkih, dan pelbagai lagi. Kelebihan menggunakan minyak ini ialah ia dapat mengurangkan stres, sakit perut ketika haid dan sakit terkena sengatan binatang serta melindungi kulit daripada ultra lembayung (UV).

“Kami berharap masyarakat di sini akan mengambil peluang memberi sokongan kepada produk-produk halal serta usaha usahawan Muslim Malaysia dan Singapura ini,” kata Encik Muhammad Khairul.

UTAMAKAN MAKANAN HALAL

Pada kesempatan itu, Pengerusi Sidratul Corporation Sdn Bhd, Ustaz Ahmad Tajuddin Arshad turut mengulas tentang keperluan memilih makanan yang halal.

Pengasas Islamic Manufacturing Practice (IMP) itu berkata makanan mempunyai kaitan dengan hukum yang terkandung dalam Islam.

“Berdasarkan ayat 172 dalam Surah Al-Baqarah, Allah memerintahkan hamba-Nya agar mengambil sumber makanan yang halal dan baik. Hal ini kerana makanan yang baik boleh mengubah pemikiran, meningkatkan akhlak dan memberi kesan terhadap kesihatan manusia.

“Oleh itu, kerjasama dengan HTMAS Internasional dianggap langkah yang baik untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Singapura tentang kepentingan makanan halal.

“Setiap pengeluar Islam perlu mempunyai jaminan makanan halal agar umat Islam Singapura dapat menikmati makanan yang bagus. Alhamdulillah, bahan-bahan yang digunakan kilang kami mempunyai pengesahan audit daripada jabatan agama di sini. Insya-Allah, benda yang baik akan membuahkan hasil yang baik,” jelas Ustaz Ahmad Tajuddin.

CARA MEMBELI PRODUK MABROOKSG

1. Hubungi talian 8015-5211 atau e-mel kepada mabrooksg1@gmail.com

2. Kunjungi laman sosial Instagram@mabrooksg atau Facebook@MabrookSG

3. Layari laman https://mabrook.mimbar.sg

4. Kunjungi reruai MabrookSG (Booth 4) di Singapore Expo Hall 5 sempena penganjuran Malaysia Fest 2023 pada 27 hingga 30 Julai ini. Dapatkan harga istimewa sempena pelancaran produk halalan toyyiban daripada MabrookSG di sana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >