Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Kes darah tali pusat Cordlife: Bekas CEO, 4 pengarah diberkas

Mar 22, 2024 | 03:16 PM



Bekas ketua pegawai eksekutif kumpulan Cordlife, Tan Poh Lan, dan empat ahli lembaga pengarah telah diberkas kerana kemungkinan berlakunya pelanggaran kewajipan pendedahan syarikat berhubung salah kendali unit-unit darah tali pusat.

Bank darah tali pusat persendirian itu telah dipantau sejak Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan pada 30 November 2023 bahawa tujuh tangkinya yang menyimpan unit darah tali pusat telah terdedah kepada suhu melebihi had yang boleh diterima.

Unit darah tali pusat yang dimiliki sekurang-kurangnya 2,150 pelanggan telah rosak, dan 17,050 yang lain berpotensi terjejas, lapor The Straits Times.


Lembaga syarikat Cordlife telah dimaklumkan tentang masalah suhu dalam salah satu tangkinya pada Februari 2023.

Empat pengarah yang diberkas bersama Tan ialah pemangku pengerusi, Ho Choon Hou; pengarah bebas, Yeo Hwee Tiong dan Titus Jim Cheong Tuck Yan; serta pengarah bukan eksekutif dan bukan bebas, Chow Wai Leong.

Kelima-lima mereka diikat jamin.

Dalam pemfailan bursa pada awal 22 Mac, syarikat itu berkata ia telah menerima notis pada 19 Mac dari Jabatan Ehwal Komersial (CAD) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) yang memerlukan dokumen dan maklumat berkaitan siasatan polis terhadap kesalahan di bawah Akta Sekuriti dan Niaga Hadapan.

Ia telah mengemukakan beberapa dokumen yang disenaraikan dalam notis itu.

“Syarikat memahami bahawa kesalahan itu adalah berkaitan dengan potensi pelanggaran kewajipan pendedahan syarikat berhubung suhu tidak teratur pada tangki simpanan kriogenik tertentu syarikat, yang pertama kali didedahkan oleh syarikat dalam pengumumannya bertarikh 30 November 2023,” kata Cordlife dalam pemfailan itu.

Ketua pegawai kewangannya, Thet Hnin Yi, telah diminta membantu siasatan. Dia belum ditangkap, kata syarikat itu.

CAD dan MAS juga mengeluarkan notis pada 19 Mac yang memerlukan empat pengarah syarikat itu, yang tidak berpangkalan di Singapura, supaya menghadiri temu duga pada 2 April berkaitan siasatan.

Mereka ialah pengarah bebas, Joseph Wong Wai Leung; pengarah bukan eksekutif bukan bebas, Zhai Lingyun; pengarah bukan eksekutif bukan bebas, Chen Xiao Ling; dan pengarah bukan eksekutif bukan bebas, Yiu Ming Yiu.

“Syarikat itu telah menerima aku janji daripada semua pengarah, Tan Poh Lan dan Thet Hnin Yi, untuk memaklumkan kepada lembaga pengarah mengenai siasatan yang sedang dijalankan dan perkembangan seterusnya,” kata Cordlife.

Tan meletak jawatan pada Oktober 2023 sebelum kes berkenaan diketahui pada November 2023.

Cordlife berkata operasi kumpulan itu akan diteruskan seperti biasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >