Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Siasatan kes salah beku darah tali pusat Cordlife dijangka selesai Mac 2024

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Siasatan kes salah beku darah tali pusat Cordlife dijangka selesai Mac 2024

Jan 26, 2024 | 08:06 PM



Ujian bagi menentukan kebolehhidupan unit darah tali pusat (CBU) dalam enam tangki yang diawet beku pada suhu tidak optimal di bank darah tali pusat berlesen, Cordlife Group Limited (CGL), sedang dijalankan, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Keputusan akhir bagi siasatan itu dijangka selesai pada hujung Mac.

Namun begitu, siasatan awal menunjukkan dua daripada enam tangki terjejas, yang menyimpan kira-kira 2,300 CBU, tidak mungkin terjejas oleh kesilapan suhu, tambah MOH.

Pada 8 Disember 2023, kementerian itu menyatakan siasatan terhadap CBU yang diawet beku pada suhu tidak optimal di Cordlife akan mengambil masa sekitar enam minggu. 

Memberi maklumat terkini mengenai kes itu, MOH, dalam kenyataannya pada 26 Januari, berkata:

“Kami menganggarkan keputusan akhir akan siap pada hujung Mac 2024, disebabkan kekangan kapasiti makmal dan keperluan mengendalikan ujian lanjut menggunakan sampel daripada bahagian lain tangki untuk memastikan ketelitian penemuan.”

Keputusan itu kemudian akan dihantar ke panel pakar bebas untuk pengesahan selanjutnya. 

Keputusan untuk setiap tangki juga akan dimuktamadkan secara berperingkat, tambah MOH.

“Proses ini adalah untuk memastikan bahawa hasil kajian adalah konklusif dan boleh dipercayai, yang mana pelanggan boleh membuat keputusan,” jelas kementerian itu. 

MOH berkata sampel darah tali pusat daripada baki enam tangki terjejas dan penghantar kering – yang mengangkut CBU dan bukan untuk simpanan jangka panjang – telah dihantar ke makmal pihak ketiga untuk menguji daya maju dan potensi CBU.

Enam tangki yang terjejas mengandungi kira-kira 17,300 CBU, milik seramai 17,050 klien, manakala anggaran 2,400 CBU disimpan dalam penghantar kering.

Menurut siasatan awal, CBU di dalam dua daripada enam tangki itu mungkin tidak terjejas, kata MOH.

Dalam pada itu, keputusan di tangki lain dan penghantar kering belum lagi selesai, tambahnya.

“MOH akan menunggu keputusan ujian dan semakan panel pakar untuk memastikan kesan daripada suhu tidak optimal dalam tangki yang terjejas dan penghantar kering. Sekiranya keputusan untuk beberapa sampel tidak dapat disimpulkan, ujian ulangan dan perundingan  lanjut dengan panel pakar akan diperlukan,” kata kementerian itu lagi.

MOH juga meminta ibu bapa yang terjejas bersabar menanti keputusan siasatan. 

“Pemindahan CBU ke bank darah tali pusat yang lain membawa risiko dan harus menjadi pilihan yang dipertimbangkan dengan teliti, disertakan dengan perbincangan terperinci bersama bank darah tali pusat penerima. Ibu bapa dinasihatkan untuk menunggu sehingga selesai ujian dan semakan keputusan,” kata kementerian itu.

MOH menambah, ia sedang bekerja rapat dengan Cordlife untuk memastikan firma itu secara bertahap mengemaskini kliennya apabila analisis untuk tangki terjejas selesai, dan akan membimbing ibu bapa mengenai dasar dan proses pemindahan yang sewajarnya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >