Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Kes ubah wang haram $3b: Warga Kemboja dijel 13 bulan

Apr 02, 2024 | 04:28 PM



Warga Kemboja Su Wenqiang dijatuhi hukuman penjara 13 bulan selepas dia mengaku bersalah pada 2 April atas tuduhan melibatkan pengubahan wang haram.

Lelaki berusia 32 tahun itu adalah yang pertama daripada 10 warga asing yang didapati bersalah ekoran siasatan Jabatan Ehwal Komersial (CAD), yang menyaksikan lebih $3 bilion wang tunai dan aset dirampas.

Pihak pendakwaan memohon hukuman penjara 12 hingga 15 bulan ke atas Su.

Aset itu termasuk barangan mewah seperti cincin berlian Graff, sepasang anting-anting Dior, gelang Tiffany & Co., beg Prada, kereta Toyota Alphard, berbotol-botol wiski scotch Macallan dan wang tunai.

Su mengaku salah terhadap dua pertuduhan pengubahan wang haram atas pemilikan wang tunai lebih $600,000, yang merupakan faedah daripada kesalahan judi jarak jauh yang menyalahi undang-undang, dan penggunaan faedah jenayah sebanyak $500,000 untuk membeli kereta Mercedes-Benz.

Sembilan lagi pertuduhan diambil kira dalam menjatuhkan hukuman. Enam daripadanya melibatkan pengubahan wang haram, satu kerana memiliki sijil nikah palsu dan dua kerana membuat kenyataan palsu kepada Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Su, yang memegang pasport Kemboja, Vanuatu dan China, hadir di mahkamah melalui pautan video sekitar 10.30 pagi. Dia mendengar tanpa ekspresi ketika kenyataan fakta dibacakan kepadanya.

Warga asing itu telah ditahan reman selama kira-kira lapan bulan sejak 15 Ogos 2023.

Su ditahan di sebuah banglo kelas mewah di Lewis Road, Bukit Timah, yang disewanya ketika polis melakukan operasi seluruh Singapura.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Grace Teo beritahu mahkamah bahawa pada 2019, Su mengambil bahagian dalam kegiatan perjudian dalam talian semasa dia tinggal di Manila, Filipina.

Melaluinya, dia mengenali seorang yang dikenali di mahkamah sebagai A, yang mengambilnya bekerja untuk perniagaan perjudian jarak jauh haram yang berpangkalan di Filipina.

Perniagaan itu menyasarkan orang di China dan menjalankan laman web yang membenarkan pelanggan membuat pertaruhan melalui telefon bimbit mereka.

Adalah menjadi satu kesalahan di China untuk menyediakan perkhidmatan perjudian dalam talian untuk orang di sana.

DPP berkata Su berkongsi keuntungan yang diperoleh sindiket itu setiap bulan.

Pada 2021, dia berpindah ke Singapura kerana isterinya mahu dua anak kecil mereka belajar di sini.

Semasa di Singapura, Su terus bekerja untuk perniagaan perjudian haram dan kerap ke Filipina.

Pada Jun 2023, dia menghubungi seseorang yang dikenal pasti di mahkamah sebagai B, yang menguruskan kewangan perniagaan perjudian haram.

Su meminta bahagiannya daripada hasil itu dan B, yang juga menetap di Singapura pada masa itu, menawarkan membayarnya $1 juta.

Lewat bulan itu, Su pergi ke rumah B dengan membawa dua bagasi dan B memberinya wang tunai $1 juta. Su membawa pulang wang itu dan menyimpannya di dalam peti besi.

Semasa serbuan polis pada 2023, wang tunai $601,706 ditemui dalam peti besi Su. Ia adalah baki wang tunai $1 juta dan merupakan faedah daripada kegiatan jenayah, kata pihak pendakwaan.

Penglibatan Su dalam menyediakan perkhidmatan perjudian semasa dia berada di Singapura juga merupakan satu kesalahan di sini, jelas DPP.

Hakim berkata dalam menjatuhkan hukuman itu, beliau mengambil kira kerjasama Su, pengakuan bersalah dan bayaran balik.

Hukuman Su bermula dari tarikh dia ditangkap.

Menyusuli hukuman itu, Pasukan Polis Singapura (SPF) mengeluarkan kenyataan mengatakan mereka telah merampas semua dana haram yang Su bawa ke Singapura. – ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >