Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hezbollah tolak tawaran AS reda perang, masih terbuka kepada diplomasi

Jan 19, 2024 | 02:51 PM



BEIRUT: Kumpulan Hezbollah Lebanon telah menolak idea awal Washington untuk meredakan pertempuran sengit dengan Israel seperti mengundurkan anggotanya lebih jauh dari sempadan, tetapi tetap terbuka kepada diplomasi Amerika Syarikat untuk mengelakkan perang merebak, kata pegawai Lebanon.


Utusan Amerika, Encik Amos Hochstein, telah mengetuai usaha diplomatik untuk memulihkan keselamatan di sempadan Israel-Lebanon sedang wilayah yang lebih luas itu berada dalam bahaya ke arah peningkatan besar perang Gaza.

Serangan oleh Houthi Yaman terhadap perkapalan di Laut Merah, serangan Amerika sebagai tindak balas, dan pertempuran di tempat lain di Timur Tengah telah menambah keperluan usaha itu disegerakan.

“Hezbollah sedia untuk mendengar,” kata seorang pegawai kanan Lebanon yang biasa dengan pendirian kumpulan itu, sambil menekankan bahawa kumpulan itu melihat idea yang dikemukakan Encik Hochstein dalam lawatan ke Beirut minggu lalu sebagai tidak realistik.

Pendirian Hezbollah ialah ia akan terus menembak roket ke Israel sehingga gencatan senjata dilaksanakan sepenuhnya di Gaza. Penolakan kumpulan itu terhadap cadangan yang dikemukakan Encik Hochstein belum pernah dilaporkan sebelum ini.

Walaupun berlaku penolakan dan serangan roket Hezbollah yang menyokong Gaza, keterbukaan kumpulan itu kepada hubungan diplomatik menandakan keengganannya terhadap perang lebih luas, kata salah seorang pegawai Lebanon di sebalik serangan Israel di Beirut pada 2 Januari yang telah membunuh seorang pemimpin Hamas.

Israel juga telah berkata ia mahu mengelak peperangan tetapi memberi amaran akan bertindak balas dengan lebih agresif jika perjanjian untuk memastikan kawasan sempadan selamat tidak dicapai.

Peningkatan sedemikian akan membuka fasa baru dalam konflik serantau yang lebih besar kelak.

Dilabelkan sebagai pertubuhan pengganas oleh Washington, Hezbollah tidak terlibat secara langsung dalam perbincangan, kata tiga pegawai Lebanon dan seorang diplomat Eropah.

Sebaliknya, idea Encik Hochstein dikendalikan oleh pihak pengantara Lebanon, kata mereka.

Satu cadangan yang dikemukakan minggu lalu ialah permusuhan sempadan dikurangkan seiring dengan langkah Israel ke arah operasi berintensiti rendah di Gaza, kata tiga sumber Lebanon dan seorang pegawai Amerika.

Cadangan juga dimaklumkan kepada Hezbollah bahawa anggotanya bergerak tujuh kilometer dari sempadan, kata dua daripada tiga pegawai Lebanon.

Ini akan menjadikan mereka lebih dekat daripada permintaan asal Israel mengenai pengunduran 30 kilometer ke Sungai Litani yang ditetapkan dalam satu ketetapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2006.

Hezbollah telah menolak kedua-dua idea itu sebagai tidak realistik, kata pegawai Lebanon dan diplomat itu. Kumpulan itu telah lama menolak untuk menyerahkan senjata atau menarik balik anggotanya.

Pejabat Perdana Menteri Israel enggan mengulas mengenai “laporan perbincangan diplomatik” sebagai jawapan kepada soalan daripada Reuters.


Jurucakap Hezbollah dan pemerintah Lebanon tidak segera menjawab permintaan terperinci untuk mendapatkan komen. Rumah Putih enggan mengulas mengenai laporan Reuters itu.


Jurucakap pemerintah Israel, Encik Eylon Levy, berkata “masih ada peluang diplomatik”, untuk menjauhkan pihak Hezbollah daripada sempadan.

Perdana Menteri Lebanon, Encik Najib Mikati, yang mana Kabinetnya mempunyai ahli Hezbollah sebagai menteri, telah berkata bahawa Beirut bersedia untuk perbincangan mengenai kestabilan sempadan jangka panjang. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >