Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Khai ingin pelopori bidang baru

May 26, 2023 | 06:46 PM



GAMAT seketika. Keriuhan terserlah apabila penyanyi kelahiran Kangar, Perlis, Khai Bahar naik ke pentas untuk menghiburkan peminatnya sempena di acara Sinar Lebaran’ 23 bertempat di Ballroom The Iris, City Plaza, Jumaat lalu anjuran MakMok Productions.


Khai, 29 tahun, nampak selesa melayan permintaan peminat-peminatnya dengan ramah, terutamanya dari kelab peminat, KBspore.


Penyanyi yang penuh dengan senyuman ini juga telah melancarkan dua single terbaru, Oh Wanita dan duet bersama Nabila Razali, Selagi Ku Ada. Semua single ini telah dilancarkan melalui online seperti YouTube, Spotify, Apple Music, iTunes Store dan wadah dalam talian yang lain. Satu lagi single duet bersama penyanyi Adira akan dilancarkan tidak lama lagi.


Selain itu, beliau juga mendedahkan ingin menembusi bidang perniagaan tudung jenamanya sendiri, selain terus fokus dalam bidang muzik. Perniagaan tudung ini dijangka akan dimulakan pada bulan hadapan.

“Sebagai permulaan, saya sudah pun mencetak 100 helai tudung bawal dan akan diberikan secara percuma kepada pengikut ‘live’ saya nanti. Dari situ, setelah menerima maklum balas dari orang ramai, barulah kami akan mengatur dan mengorak strategi selanjutnya.


“Sejujurnya, ini adalah pengalaman pertama saya berbisnes tudung dan 100 peratus adalah jenama atau label saya sendiri. Memang tak ada pengalaman langsung dalam industri tudung ini, dan saya akan bermula dari bawah atau sifar.  Namun dengan bantuan dan doa rakan-rakan dan peminat, saya yakin boleh melakukannya. Tudung ini nanti mempunyai desain sendiri, pilihan jenis kain yang eksklusif dan semuanya direka oleh pasukan saya sendiri. Kami akan melancarkan projek tudung ini, seawal Jun ini. 

“Saya memilih perniagaan tudung kerana salah satu sebabnya, adalah, saya mempunyai ramai peminat wanita dan ramai juga yang berhijab. Mungkin dengan jualan tudung jenama saya sendiri ini, ramai lagi peminat wanita yang ingin menggunakannya dan mula bertudung, insya-Allah,” katanya yang menggemari Mi Kuah dari Beach Road dan berbelanja coklat dan minyak wangi di Mustafa Centre. 

Minati irama kesenian tradisi

Tiada yang menduga, pelantun popular dengan lagu Luluh, Nafas Cinta dan mahir mendendangkan lagu bernada lantang seperti Madah Berhelah, ini sebenarnya meminati irama tradisi Melayu, amnya lagu rakyat Malaysia.


Buktinya, apabila Khai menyanyikan lagu Lemak Manis, asal nyanyian dari Roslan Madun, suara dan lenggoknya cukup memikat hadiran yang turut ceria bernyanyi bersamanya.


“Kita tidak tahu citarasa orang atau peminat. Tapi bagi saya, lagu tradisional Melayu memang tidak akan ketinggalan zaman jika kita masih menyanyikan dan menyanjung tinggi seni lagu Melayu dan warisan kita. Saya memang meminati lagu klasik Melayu, dan jika ada rezeki atau peluang untuk merakamkan lagu seperti Lemak Manis, memang saya terbuka dan itu juga adalah salah satu impian saya sebagai seorang penyanyi, sebenarnya,” jelasnya dengan jujur.


Antara perkembangan lain, Khai juga bakal mengadakan konsert di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 11 November. Tiket bermula dari RM189 (S$63) sudah pun dijual dalam talian. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >