Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Khidmat bas, MRT dilanjut pada malam Tahun Baru Cina

Jan 22, 2025 | 2:54 PM
Sebanyak 18 perkhidmatan bas SMRT akan dilanjutkan operasinya, enam daripadanya melanjutkan perkhidmatan sehingga selewat-lewatnya 3.20 pagi.
Sebanyak 18 perkhidmatan bas SMRT akan dilanjutkan operasinya, enam daripadanya melanjutkan perkhidmatan sehingga selewat-lewatnya 3.20 pagi. - Foto ST

Mereka yang merancang keluar lewat pada malam Tahun Baru Cina, akan dapat menaiki pengangkutan awam untuk pulang, dengan SMRT melanjutkan waktu operasi bagi beberapa laluan MRT dan bas tertentu.

Perkhidmatan kereta api di Laluan Utara-Selatan (NSL) dan Laluan Timur-Barat (EWL) dari City Hall ke Jurong East dan Pasir Ris akan dilanjutkan sehingga 2.09 pagi dan 2.14 pagi, kata pengendali pengangkutan itu pada 22 Januari, lapor The Straits Times.

Kereta api terakhir menuju ke Marina South Pier dan Tuas Link akan meninggalkan stesen City Hall pada 1.54 pagi dan 1.59 pagi.

Perkhidmatan kereta api juga akan dilanjutkan di Laluan Circle (CCL) dan Laluan Thomson-East Coast (TEL).

Kereta api terakhir dari Dhoby Ghaut ke HarbourFront di CCL adalah pada 1.28 pagi, manakala kereta api terakhir dari HarbourFront ke Dhoby Ghaut adalah pada 1.15 pagi.

Kereta api terakhir dari Woodlands North ke Bayshore di TEL akan berakhir pada 1.30 pagi dan pada 1.42 pagi untuk arah sebaliknya.

Tiada lanjutan perkhidmatan LRT Bukit Panjang dan Lapangan Terbang Changi, tambah SMRT.

Operasi 18 perkhidmatan bas SMRT juga akan dilanjutkan, dengan enam daripadanya melanjutkan perkhidmatan sehingga 3.20 pagi.

SBS Transit berkata pada 17 Januari bahawa perkhidmatan kereta api di Laluan Downtown (DTL) dan Timur Laut (NEL), serta sistem LRT Sengkang-Punggol akan dilanjutkan kira-kira dua jam 15 minit.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg