Perkhidmatan kereta api dan bas akan dilanjutkan pada malam Krismas dan Tahun Baru 2025 oleh SBS Transit dan SMRT.
SBS Transit mengumumkan perkhidmatan kereta api di laluan Timur Laut dan Pusat Bandar, serta LRT Sengkang-Punggol akan dilanjutkan sekitar satu setengah jam pada 24 Disember dan dua setengah jam pada 31 Disember.
Selain itu, 19 perkhidmatan bas akan beroperasi hingga lewat di pusat pertukaran bas masing-masing. Ia melibatkan perkhidmatan 60A, 63M, 114A, 222, 225G, 228, 229, 232, 238, 261, 269, 291, 292, 25, 45, 30 , 804 dan 812.
SBS Transit akan menyelaraskan jadual malam bagi 17 perkhidmatan bas yang beroperasi pada waktu sibuk memandangkan pejabat akan ditutup lebih awal pada kededua hari itu.
Perkhidmatan tersebut ialah 10e, 14e, 30e, 89e, 174e, 196e, 298X, 513, 652, 654, 655, 660/660M, 667, 668, 671, 672 dan 850E.
Waktu operasi pagi perkhidmatan bas tersebut tidak akan berubah, lapor The Straits Times (ST).
Perkhidmatan kereta api SMRT di Laluan Utara-Selatan, Timur-Barat, Circle, Thomson-East Coast (TEL) dan Bukit Panjang LRT juga akan dilanjutkan pada 24 dan 31 Disember.
Namun, tiada lanjutan bagi perkhidmatan ke Lapangan Terbang Changi.
Waktu operasi beberapa perkhidmatan bas SMRT juga akan dilanjutkan sejajar dengan lanjutan waktu operasi kereta api.
Perkhidmatan bas itu ialah 300, 301, 302, 307, 983A, 901, 911, 912A, 912B, 913, 920, 922, 973A, 181, 240, 241, 243G dan 974A.
Pada 24 dan 31 Disember, jadual perjalanan malam perkhidmatan City Direct 665 SMRT dan perkhidmatan bas ekspres 951E dan 982E akan dicepatkan ke awal petang.
Penumpang dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka lebih awal dan memberi perhatian pada perubahan bagi memastikan pengalaman perjalanan lancar semasa musim perayaan.
Untuk maklumat lanjut, penumpang boleh melayari laman web, SMRT dan SBS Transit.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg