Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih banyak khidmat bas, MRT dilanjut malam Deepavali

Oct 17, 2024 | 3:39 PM
Penumpang yang membuat perjalanan lewat malam boleh menikmati perkhidmatan bas dan kereta api yang dilanjutkan pada malam Deepavali, 30 Oktober.
Penumpang yang membuat perjalanan lewat malam boleh menikmati perkhidmatan bas dan kereta api yang dilanjutkan pada malam Deepavali, 30 Oktober. - Foto ST

Perkhidmatan kereta api di Laluan Utara-Selatan (NSL), Laluan Timur-Barat (EWL), Laluan Circle (CCL) dan Laluan Thomson-East Coast (TEL) akan dilanjutkan untuk penumpang yang membuat perjalanan lewat malam pada 30 Oktober, menjelang Deepavali.

Beberapa perkhidmatan bas terpilih juga akan beroperasi lewat daripada biasa pada malam itu, kata pengendali SMRT dalam satu kenyataan pada 17 Oktober.

Kereta api NSL dan EWL terakhir akan berlepas dari stesen City Hall pada 12.30 tengah malam pada 31 Oktober, manakala kereta api CCL terakhir akan berlepas dari stesen HarbourFront pada 11.30 malam, serta stesen Dhoby Ghaut pada 11.55 malam pada 30 Oktober.

Kereta api TEL terakhir pada malam Deepavali akan meninggalkan stesen Woodlands North pada 12 tengah malam dan meninggalkan stesen Bayshore pada 12.12 tengah malam pada 31 Oktober.

Walau bagaimanapun, tiada lanjutan bagi perkhidmatan LRT Bukit Panjang dan MRT EWL yang beroperasi di antara stesen Tanah Merah dengan Lapangan Terbang Changi.

Sebanyak 18 perkhidmatan bas SMRT juga akan dilanjutkan operasinya, lapor The Straits Times.

Bas tersebut adalah: 300, 301, 302, 307, 983A, 901, 911, 912A, 912B, 913, 920, 922, 973A, 181, 240, 241, 243G dan 974A. 

Bas terakhir untuk perkhidmatan 181, 240, 241 dan 243G akan meninggalkan pusat pertukaran bas Boon Lay pada 1.20 pagi, manakala perkhidmatan 300, 301, 302, 307 dan 983A akan meninggalkan pusat pertukaran bas Choa Chu Kang pada 1.40 pagi.

Perkhidmatan 974A pula akan bertolak dari arah bertentangan pusat pertukaran bas Choa Chu Kang pada 1.40 pagi.

Perkhidmatan bas 901, 911, 912A, 912B dan 913 akan meninggalkan Hab Pengangkutan Bersepadu Woodlands pada 1.25 pagi, waktu yang sama perkhidmatan 920, 922 dan 973A dijadual berlepas dari pusat pertukaran bas Bukit Panjang.

Penumpang boleh menghubungi talian khidmat pelanggan SMRT di 1800-336-8900, atau layari laman web, www.smrt.com.sg untuk maklumat lanjut.

Pengendali pengangkutan SBS Transit pula mengumumkan pada 16 Oktober bahawa perkhidmatan bas dan kereta api terpilih akan dilanjutkan pada 30 Oktober, di laluan kereta api seperti Laluan Timur Laut (NEL) dan Laluan Downtown (DTL).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg