Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

JAMIYAH

Khidmat hantar ke rumah dan pandu lalu ambil daging penuhi jangkaan peserta

Jun 16, 2023 | 06:20 AM



Pengalaman yang selesa sewaktu menunaikan ibadah korban bersama Jamiyah Singapura pada 2022, membuat Cik Suriyani Hassan, tidak teragak-agak untuk mendapatkan khidmat korban badan amal itu sekali, lagi pada2023.

“Saya suka dengan khidmat pandu lalu yang disediakan Jamiyah untuk pengambilan daging korban saya. Bila sampai saja di pekarangan Pusat Islam Jamiyah, saya tak perlu tunggu lama untuk mendapatkan daging korban saya.

“Semuanya dikawal dengan rapi, teratur dan lancar oleh para pegawai mereka. Setelah mengambilnya di Jamiyah, saya boleh terus sambung memandu dan menghantarkan daging korban ke rumah-rumah keluarga saya,” ujar Cik Suriyani, 38 tahun.

Jamiyah merupakan pertubuhan pertama di Singapura yang memperkenalkan kaedah pandu-lalu untuk pengambilan daging korban.

Satu lagi kaedah yang menyenangkan para peserta yang  telah melaksanakan ibadah korban bersama Jamiyah ialah khidmat penghantaran ke rumah. 

Encik Kamsin Somo, 53 tahun, seorang lagi peserta yang telah berulang kali menggunakan khidmat korban Jamiyah, lebih selesa dengan khidmat penghantaran sedemikian.

“Saya hanya perlu berada di rumah pada hari dan jangka waktu yang dijadualkan untuk menerima daging korban yang dihantarkan kepada saya. Ada pihak yang mengisi daging korban di dalam kotak styrofoam yang agak kurang kemas tapi Jamiyah mengisinya dengan rapi dalam bekas plastik yang utuh. Bekas itu pula diletakkan di dalam beg yang senang diangkut,” ujar Encik Kamsin.

Pengendalian proses korban yang menyeluruh dan terperinci ini sememangnya menjadi keutamaan pihak Jamiyah dalam menyempurnakan amanah yang diberikan. Sebuah Jawatankuasa Pengurusan Korban ditubuhkan khas untuk menyelaras setiap aspek, daripada tempahan dan pemilihan haiwan korban hingga kepada pembungkusan dan pengagihan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Korban 2023, Encik Mahmud Ahmad berkata: “Kami turut menggembleng kakitangan dan sukarelawan kami untuk membantu melancarkan lagi kerja-kerja logistik dan operasi tertentu seperti pembungkusan, melabelkan beg, mengawal arus pandu lalu, penghantaran dan banyak lagi. Kami komited untuk memberi khidmat terbaik dan memudahkan setiap peserta yang menggunakan khidmat korban kami”.

Para peserta yang memilih khidmat korban dari Jamiyah mempunyai pilihan untuk melaksanakan ibadah korban mereka sama ada di Australia atau Indonesia.

Tarikh tempahan bagi korban di Indonesia telah pun ditutup pada 5 Jun lalu. Namun tempahan bagi korban di Australia masih dibuka sehingga 22 Jun ini.

Haiwan-haiwan seperti kambing biri-biri, anak kambing dan lembu ditawarkan pada harga berpatutan dan puratanya agak lebih rendah jika dibandingkan dengan harga pasaran.  Bagi Korban di Australia, daging korban akan diterbangkan ke Singapura dan para peserta boleh memilih untuk mengambilnya sendiri pada 8 Julai 2023 atau memilih untuk dihantarkan ke rumah pada 8 dan 9 Julai 2023.

Manakala bagi korban di Indonesia, kesemua daging korban akan didermakan kepada golongan fakir dan miskin di Indonesia, khususnya di Medan, Jakarta, Banten dan Lombok.

Pada tahun lalu, Jamiyah telah mendapat lebih dari 2,500 tempahan korban daripada para peserta baru dan berulang. Dengan kemurahan hati para peserta yang turut mendermakan daging korban mereka, pihak Jamiyah telah mengagihkan sebanyak 14,330 kilogram daging korban kepada para penerima bantuannya dan keluarga berpendapatan rendah di merata Singapura.

Salah seorang penerima bantuan tersebut ialah Cik Latifah, (bukan nama sebenar), 36 tahun, seorang ibu tunggal, mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah. Beliau berkata: “Saya bersyukur dan berterima kasih dengan pemberian daging korban yang saya terima. Dapat juga saya simpan dan beberapa kali jadikan lauk untuk makanan kami sekeluarga.”

Dengan pengalaman, reputasi dan kepakaran yang ada, Jamiyah terus bertekad untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan baik serta memenuhi jangkaan setiap peserta dan menyempurnakan ibadah korban mereka pada tahun ini dan seterusnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >