Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Pilihan harga rendah korban di Indonesia dan Australia

May 26, 2023 | 05:30 AM



SEBAGAI pertubuhan amal yang berusia lebih 90 tahun, Jamiyah Singapura  berazam mahu meneruskan tradisi menyediakan khidmat korban yang terbaik. Dengan  pengalaman luas dan pengurusan yang berwibawa, Jamiyah Singapura dapat menjamin  pengendalian proses korban yang lancar dan memudahkan bagi  peserta yang ingin mendapatkan khidmat mereka.  

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Korban 2023 Jamiyah, Encik Mahmud Ahmad, berkata:

“Anggota jawatankuasa kami akan memastikan setiap aspek,  daripada tempahan dan pemilihan haiwan korban hingga kepada pembungkusan dan pengagihan agar diuruskan dengan terperinci serta cekap. Kami komited untuk memberi khidmat  ibadah korban yang mudah dan lancar dalam menjalankan tanggungjawab kami menyempurnakan ibadah korban bagi setiap peserta ini”. 

Peserta mempunyai pilihan untuk melaksanakan korban mereka sama ada di Indonesia ataupun Australia. Haiwan seperti kambing biri-biri, anak kambing dan lembu ditawarkan pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran. Bekalan bagi haiwan korban di Indonesia terhad dan tarikh tutup pada 29 Mei ini.

Daging korban di Indonesia akan diagihkan dan didermakan kepada golongan fakir dan miskin khususnya penduduk di Medan, Jakarta, Banten dan Lombok.

Bagi korban di Australia pula, daging korban akan diterbangkan ke Singapura dan peserta boleh memilih untuk mengambilnya sendiri pada 8 Julai atau memilih untuk dihantarkan ke rumah pada 8 dan 9 Julai 2023. Tarikh tutup bagi tempahan korban di Australia ialah 22 Jun ini.

Pada 2022, Jamiyah telah mendapat lebih daripada 2,500 tempahan korban daripada peserta baru dan berulang. Dengan sokongan padu peserta juga, ada yang  turut mendermakan daging korban mereka, dan pihak Jamiyah telah mengagihkan sebanyak 14,330 kilogram daging korban kepada penerima bantuan dan keluarga  berpendapatan rendah di serata Singapura.

Salah seorang peserta yang sering mendapatkan khidmat ibadah korban Jamiyah ialah Encik Raihan Rashid, 34 tahun. Beliau berkata:

“Saya dan adik-beradik saya sudah bertahun-tahun menunaikan ibadah korban bersama Jamiyah. Khidmat yang diberikan cukup baik dan menyenangkan. Kami hanya perlu buat tempahan dan pembayaran menerusi borang yang disediakan secara online. Apabila tiba masanya kami akan dapat daging korban kami pada masa yang ditentukan. Memang tahun ini pun kami sudah buat tempahan bersama Jamiyah.”


Jika anda mempunyai pertanyaan atau memerlukan bantuan mengenai khidmat ibadah korban kendalian Jamiyah ini  sila:

Hubungi talian di  6743-1211.

WhatsApp 9115-1211.

E-mel kepada qurban@jamiyah.org.sg.


Terus buat tempahan melalui dalam talian di https://forms.jamiyah.org.sg/qurban-order




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >