Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Khidmat TEL pulih selepas gangguan akibat kerosakan kereta api

Oct 1, 2024 | 7:28 PM
SMRT berkata perkhidmatan kereta api ulang-alik disediakan antara Woodlands North dengan Woodlands South dan antara Woodlands South dengan Lentor.
SMRT berkata perkhidmatan kereta api ulang-alik disediakan antara Woodlands North dengan Woodlands South dan antara Woodlands South dengan Lentor. - Foto fail

Disebabkan kerosakan kereta api di Laluan Thomson-East Coast (TEL) pada 1 Oktober, kereta api bergerak lebih perlahan dari stesen Woodlands North ke stesen Lentor.

Dalam catatan media sosial pada 5.05 petang, syarikat SMRT berkata ini akan menyebabkan masa perjalanan tambahan selama 10 minit.

Dalam catatan berikutnya pada 5.13 petang, pengendali itu berkata perkhidmatan kereta api ulang-alik tersedia antara Woodlands North dengan Woodlands South, dan antara Woodlands South dengan Lentor.

Para penumpang juga boleh menggunakan perkhidmatan di laluan antara stesen Lentor dengan Bayshore, serta perkhidmatan bas percuma antara Woodlands North dengan Lentor.

Pada 5.52 petang, SMRT berkata khidmat kereta api telah pulih sepenuhnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg