Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Langkah serap GST oleh pasar raya tidak sama dengan cadangan WP: Hong Tat

Jan 10, 2024 | 08:20 PM



Keputusan sebilangan pasar raya dan kedai runcit di sini untuk menyerap kenaikan 1 peratusan mata Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi barangan keperluan harian buat sementara waktu dan atas keinginan sendiri, tidak sama dengan cadangan Parti Pekerja (WP).

WP sebelum ini mengusulkan agar pemerintah mengecualikan cukai bagi barangan keperluan.

Dalam catatan Facebook pada 10 Januari, Pemangku Menteri Pengangkutan merangkap Menteri Negara Kanan (Kewangan), Encik Chee Hong Tat, berkata adalah tidak tepat untuk Anggota Parlimen (AP) WP, Profesor Madya Jamus Lim mendakwa bahawa diskaun tersebut sama seperti cadangan yang diberikan olehnya dan rakan AP GRC Sengkang, Cik He Ting Ru, di parlimen sebelum ini.

Encik Chee berkata demikian ketika mengulas satu catatan pada 9 Januari oleh Profesor Lim, yang menyatakan peruncit besar seperti Giant, Lapangan Terbang Changi dan FairPrice memutuskan untuk menyerap kenaikan GST bagi barangan keperluan harian seperti makanan segar dan produk penjagaan diri, lapor The Straits Times (ST).


Dr Lim menulis: “Pada asasnya, ini adalah hujah yang Cik He Ting Ru dan saya buat di Parlimen, tetapi idea itu disangkal sebagai tidak dapat dilaksanakan.”

Dengan sebilangan peruncit kini memilih berbuat demikian, ia adalah “bukti nyata bahawa ia bukan sahaja boleh dilaksanakan, malah sesuatu yang pengguna inginkan.”

“Keputusan pemerintah untuk mengetepikan idea munasabah ini, pada pandangan saya, adalah (tindakan) melepaskan kepimpinan dari segi ekonomi,” tambah Dr Lim.

Menyangkal dakwaan itu, Encik Chee berkata Dr Lim dan Cik He telah mencadangkan agar pemerintah mengecualikan GST bagi apa yang mereka anggap sebagai “barangan keperluan”.

Semasa perbahasan Belanjawan pada Februari 2022, Cik He menyarankan agar barangan makanan dan perkhidmatan seperti penjagaan kesihatan dan penjagaan kanak-kanak dikecualikan daripada GST, sambil memberi contoh Australia dan Jepun sebagai negara yang berbuat demikian.

Pada November 2022, Dr Lim menggesa sekali lagi agar barangan keperluan dikecualikan daripada GST atau kenaikan GST buat sementara waktu.

Encik Chee berkata Timbalan Perdana Menteri Encik Lawrence Wong telah menjelaskan mengapa pengecualian GST bagi barangan keperluan harian oleh pemerintah, tidak berkesan.

Menurut Encik Wong, negara yang cuba berbuat demikian “menghadapi pelbagai kesukaran, kerana garis antara barangan keperluan dengan bukan keperluan seringkali samar dan tidak jelas.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >