Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lelaki S’pura diberkas selepas mayat wanita S’pura ditemui dengan 30 tikaman di Sepanyol

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki S’pura diberkas selepas mayat wanita S’pura ditemui dengan 30 tikaman di Sepanyol

Apr 18, 2024 | 04:54 PM



Seorang lelaki warga Singapura telah ditahan di Sepanyol, selepas mayat wanita Singapura berusia 39 tahun yang hilang, Cik Audrey Fang Dirou ditemui dengan kesan tikaman, menurut media Sepanyol.

Cik Fang dilaporkan ditikam lebih daripada 30 kali.

Mayatnya ditemui pada 10 April, di sebuah lori yang diletakkan di Abanilla di wilayah Murcia, kira-kira 150 kilometer dari hotelnya di Xabia, di mana beliau dikatakan kali terakhir dilihat masih hidup, menurut Olive Press.

Ia ditemui seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk bersarapan di sebuah restoran yang terletak di lebuh raya berdekatan Abanilla. Tetapi ia tidak dapat dikenal pasti pada masa itu.

Abanilla terletak di tenggara Sepanyol dan kira-kira empat jam memandu dari ibu kota Madrid.

Suspek ditahan pada 16 April oleh Pengawal Awam di wilayah Alicante, dan mereka kemudian memindahkannya kepada rakan sekerja mereka di Murcia.

Media Sepanyol melaporkan bahawa dia tinggal di sebuah hotel di Alicante, di mana dia ditangkap.

Cik Fang mengembara sendirian ke Xabia, Sepanyol, dan tidak dapat dihubungi sejak 10 April. Beliau berlepas dari Singapura pada 4 April dan dijangka pulang pada 12 April.

Keluarganya membuat laporan pada 11 April kepada Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Rakan keluarga, Cik Lee Si Hui, 30 tahun, mengesahkan mayat Cik Fang telah ditemui, ketika beliau dihubungi The Straits Times pada 18 April.


Cik Lee berkata keluarga itu tidak dapat berkongsi banyak maklumat kerana mereka sedang membantu siasatan polis.

Mereka tidak mahu menghalang pengumpulan bukti, katanya. Beliau telah pergi ke Sepanyol bersama abang dan sepupu Cik Fang untuk mencarinya.

Cik Lee berkata bahawa Cik Fang kali terakhir dilihat di televisyen litar tertutup hotel itu, pada 9 April pada 8.45 malam waktu Sepanyol.

Cik Fang diketahui meninggalkan bilik hotelnya pada 9 April tetapi tidak pulang. Barang-barangnya masih ada di dalam bilik.

Cik Fang memberitahu keluarganya, bahawa beliau mungkin bertemu rakan di Sepanyol, tetapi mereka tidak tahu identiti orang itu.

Cik Fang, yang masih bujang, tinggal bersama bapa dan adik lelakinya. Arkitek itu sepatutnya memulakan pekerjaan baru pada Mei selepas lawatan ke Jepun bersama ibu saudara dan sepupunya pada penghujung April.

Ini bukan kali pertama Cik Fang melancong ke luar negara seorang diri.

Jurucakap MFA berkata pada 18 April: “Konsulat Jeneral Kehormat Singapura (HCG) di Madrid telah menghubungi pihak berkuasa tempatan berhubung kes Cik Audrey Fang.

“Kementerian Ehwal Luar tidak dapat membuat ulasan mengenai kes itu kerana siasatan sedang dijalankan. MFA dan HCG telah memberikan bantuan dan sokongan konsular kepada keluarga Cik Fang. Kami merakamkan ucapan takziah kepada keluarga tersebut.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >