Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MADRASAH WAK TANJONG AL-ISLAMIAH

Madrasah Wak Tanjong anjur Zikra Rasul, lancar projek Nur Ala Nur 2.0

Sep 29, 2023 | 05:30 AM



Setelah tiga tahun menyepi tanpa acara besar-besaran, Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah bakal mengadakan majlis Zikra Rasul pada Oktober ini.

Walaupun acara ini akan dijalankan berskala sederhana, kemeriahannya dengan pelbagai kegiatan ukhrawi diharap mampu menarik minat ramai.

Menurut mudirah Madrasah Wak Tanjong, Ustazah Masnia Nassim, acara sehari ini akan dihiasi dengan pelbagai acara padat seperti syarahan, peraduan syarahan, tilawah Al-Quran dan banyak lagi. Antara penceramah jemputan ialah Ustaz Elyas Ismail dari Malaysia.

“Alhamdulillah selepas tiga tahun tidak menganjurkan majlis Zikra Rasul saw kerana pandemik yang melanda, tahun 2023 ini, Madrasah Wak Tanjong akan kembali menganjurkan majlis penuh barakah ini.


“Kali ini kami akan adakan dengan lebih sederhana dengan majlis akan dijalankan dalam sehari sahaja dengan pengisian ceramah daripada pensyarah undangan luar negara dan jamuan nasi beriani untuk orang awam.

“Jika tahun-tahun sebelum pandemik kami mengadakan acara ini selama dua hari, namun untuk sambutan Zikra Rasul kali yang ke 57 pada tahun ini, kami hanya menganjurkan hanya pada 14 Oktober nanti,” ujar Ustazah Masnia.

LANCAR PROJEK
NUR ALA NUR 2.0

Ustazah Masnia turut memberitahu Berita Harian (BH), sempena majlis Zikra Rasul itu, pihak madrasah akan turut melancarkan fasa kedua projek Nur Ala Nur 2.0 demi mengumpul dana bagi membina bangunan dan lif tambahan di madrasah tersebut.


“Pada majlis Zikra Rasul ini juga kami akan melancarkan fasa kedua projek Nur Ala Nur 2.0, demi mengumpul dana bagi pembinaan bangunan dan lif tambahan di sebelah bangunan yang sedia ada sekarang. Ini adalah sebagai persiapan pihak Madrasah Wak Tanjong beroperasi satu sesi mulai 2025 kelak.

“Alhamdulillah, projek Nur Ala Nur 2.0 fasa satu, baru selesai pada Jun lalu dengan terbinanya dua bilik darjah baru di aras lima. Kini menyusul fasa kedua iaitu pembinaan bangunan berserta lif tambahan yang dijadualkan selesai pembinaannya pada akhir Disember 2024.

“Insya-Allah, dengan berdirinya bangunan tambahan lima tingkat ini yang lengkap dengan bilik-bilik darjah dan ruang berhimpun tambahan, dapatlah kami beroperasi satu sesi dengan lancar dan lebih berkesan,” tambah Ustazah Masnia.

Dengan penambahan dan kerja peningkatan yang bakal berlangsung ini, tentunya pihak madrasah terus mengharapkan sokongan dan bantuan ikhlas orang ramai.

“Madrasah Wak Tanjong merupakan satu-satunya madrasah yang masih beroperasi dua sesi. Tentunya dengan beroperasi satu sesi kelak, kami perlukan prasarana tambahan untuk memenuhi keperluan pelajar dan dalam waktu yang sama kelas-kelas tambahan dan pengayaan serta kegiatan kokurikulum (CCA) dengan lebih baik lagi,” jelasnya.

Ustazah Masnia turut menambah: “Kami menyeru sekalian masyarakat Islam supaya terus menyokong Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah dalam usaha kami menghasilkan pelajar Muslim yang berilmu dan berakhlak mulia yang diharap dapat menyumbang kepada masyarakat dan negara pada masa depan.“

Majlis Zikra Rasul ke-57 ini akan diadakan di kawasan Madrasah Wak Tanjong pada Sabtu, 14 Oktober, bersamaan 28 Rabiulawal 1445 Hijrah. Bermula dari 11 pagi hingga 4 petang. Jamuan juga agak terhad dan akan diadakan di dewan serbaguna Madrasah Wak Tanjong (MPH).

CARA SALUR SUMBANGAN


1. Penghantaran cek atas nama MADRASAH WAK TANJONG AL ISLAMIAH.

2. PayNow: UEN S55MM0002D.

3. Pembayaran secara Nets dan tunai di Pejabat Madrasah di 589 Sims Avenue Singapura 387600, dari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 4 petang dan Sabtu bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari.

4. Bagi pertanyaan lanjut, sila hubungi Madrasah Wak Tanjong di talian 6741-0131.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >