Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Masagos gesa pekerja pertengahan kerjaya manfaatkan Program Peningkatan SkillsFuture

Feb 16, 2024 | 07:46 PM



Adalah penting bagi masyarakat Melayu merebut peluang mempertingkat diri dan menimba kemahiran baru supaya mereka dijamin masa depan lebih baik, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Beliau menekankan demikian ketika menarik perhatian kepada langkah sokongan Belanjawan 2024 yang disasarkan untuk menggalak pekerja pertengahan kerjaya memperbaharui kemahiran dan maju dalam kerjaya mereka.

Pada 16 Februari, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, mengumumkan bahawa warga Singapura berusia 40 tahun dan ke atas bakal menerima tokokan sebanyak $4,000 ke dalam Kredit SkillsFuture (Pertengahan Kerjaya) bermula Mei 2024, sebagai sebahagian daripada Program Peningkatan SkillsFuture.

Dalam pada itu, mereka juga akan diberi subsidi untuk menceburi satu lagi diploma sepenuh masa di politeknik, Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan institusi seni mulai tahun akademik 2025.

Ketika ditemui Berita Harian (BH) setelah pembentangan Belanjawan 2024, Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan, berkata melengkapi diri dengan kemahiran baru membuka peluang bagi peningkatan gaji.


“Kalau kita tahu bahawa kerjaya yang kita ada sekarang ini akan pupus ataupun didatangi saingan... kita harus cepat mula mendapat kerja baru yang mungkin memerlukan kemahiran dan kelayakan baru,” katanya.

Menurutnya, pakej bantuan kali ini menarik kerana ia akan kekal untuk kegunaan semua rakyat ketika mereka mencecah usia 40 tahun, dan bukan dikhususkan buat tahun ini sahaja.

Encik Masagos turut melahirkan harapan agar masyarakat Melayu mengenal pasti sektor baru dan sedang berkembang, antara lain aeroangkasa dan kecerdasan buatan, supaya mereka dapat kekal berdaya saing sedang Singapura berdepan dengan masa depan tidak menentu.

Selain itu, Encik Masagos menarik perhatian terhadap pakej sokongan yang diberikan kepada syarikat dalam membantu mereka menangani kos mengendalikan perniagaan yang kian meningkat.

Antara lain, pakej tersebut memberi Rebat Cukai Pendapatan Korporat sebanyak 50 peratus yang dihadkan kepada $40,000 untuk syarikat, dengan faedah minimum $2,000 dalam pembayaran tunai untuk syarikat yang menggajikan sekurang-kurangnya seorang pekerja tempatan pada 2023.

“Saya harap Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) dapat mengenal pasti apakah pakej-pakej yang diberikan sekarang ini yang dapat dimanfaatkan anggota mereka, dan sekali gus mengembangkan perusahaan mereka bukan hanya di Singapura, tetapi juga untuk menjangkau... luar negara,” ulas Encik Masagos.

Memberi rumusan, beliau berkata dunia akan semakin tidak menentu bukan sahaja kerana peperangan di Ukraine dan Timur Tengah, tetapi juga dengan perubahan teknologi yang pesat serta persaingan ekonomi yang semakin meningkat.

“Rakyat juga harus mahu bekerjasama dengan pemerintah dalam menyesuaikan hidup kita pada masa akan datang supaya seperti dikatakan DPM (Timbalan Perdana Menteri) tadi, kita tetap ‘titik merah yang bersinar’ dalam keadaan global yang begitu mengganggu kestabilan dunia.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >