Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID AR-RAUDHAH

Tema ‘ihsan’ jadi pilihan rai sambutan Maulid

Sep 17, 2023 | 05:31 AM



Bermula 18 September hingga 29 September ini, Masjid Ar-Raudhah akan menampilkan tema ‘Ihsan – Penilaian bukan di mata manusia’ dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul (1445H) yang akan diadakan selama dua minggu berturut-turut.

Penolong Ketua, Penglibatan Masyarakat & Pembangunan Dakwah Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Ahmad Syarif Senewi, berkata tema ini sesuai dalam usaha memperingati Nabi Muhammad saw sebagai pemangkin keihsanan yang terbaik.


RASULULLAH IKUTAN TERBAIK

Ustaz Ahmad Syarif menerangkan, melalui sambutan Maulid ini, umat Islam dapat mengenal pasti keihsanan yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan pendekatan baginda dalam meningkatkan keimanan berpandukan sifat ihsan.


“Baginda adalah contoh teladan terbaik dalam berlaku ihsan terhadap sesama makhluk. Dasar yang digariskan oleh Rasulullah saw sangat penting sebagai panduan umat Islam menghadapi masyarakat pelbagai kaum, sekali gus membantu menerapkan sifat ihsan dalam kehidupan demi diri, keluarga, dan masyarakat.


“Berpandukan tema kali ini juga, kami ingin menekankan bahawa penilaian kehidupan bukanlah terletak di mata manusia, sebaliknya penilaian Allah swt adalah paling utama.”


PROGRAM ISTIMEWA

Menurut Ustaz Ahmad Syarif lagi, pelbagai kandungan menarik yang disusun istimewa di Masjid Ar-Raudhah bagi memperingati junjungan besar Nabi Muhammad saw.


Antaranya, orang ramai boleh menghadiri Siri Kuliah Dhuha edisi Maulid, Siri Tazkirah Zuhur, Muslimah Berselawat, serta Selawat & Qasidah bersama Asatizah Dakwah.

Masjid Ar-Raudhah turut mempersembah Siri Video Maulid, iaitu sembilan video khas online tentang cara terbaik bagi seorang insan menerapkan sikap keihsanan dalam dirinya. Acara ini turut diserikan dengan Majlis Kemuncak Maulidur Rasul 1445H pada 29 September bersama gabungan Majlis Maulid Ad-Dhiyaul Lami’, Forum Khas dan Qasidah.


Selain itu, Masjid Ar-Raudhah turut menganjurkan Khatam Jama’i Khas Maulid pada 8 Oktober dan program penglibatan benefisiari zakat edisi Maulid yang bakal diumumkan perinciannya nanti.

“Penyertaan terbuka kepada seluruh masyarakat Islam Singapura. Sekiranya tidak berkesempatan hadir ke masjid, orang ramai boleh menyaksikan program-program khas Maulid melalui online kerana kebanyakan acara turut dilangsungkan secara hibrid,” jelas Ustaz Ahmad Syarif.


Di sebalik memperingati peristiwa kelahiran Rasulullah saw, umat Islam juga dapat menghayati dan mengamalkan sikap bersangka baik, sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah saw.


“Dalam forum khas pada malam kemuncak, kami akan membincangkan isu-isu stereotaip dan sangkaan buruk manusia yang sering menilai sesuatu perkara tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain. Oleh itu, kami ingin masyarakat melihat bagaimana Rasulullah saw menangani perkara tersebut dalam kehidupan seorang Mukmin, dengan manusia harus terapkan sikap bersangka baik (husnuzon) berpandukan ajaran Nabi Muhammad saw,” tambahnya.


UNTUK MENGHULUR SUMBANGAN


Sumbangan untuk Projek Menaik Taraf Prasarana Masjid Ar-Raudhah boleh dibuat melalui:

1. PayNow: UEN S93MQ0024E.

2. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 501-806368-001.

3. Cek atas nama ‘Lembaga Pentadbir Masjid Ar-Raudhah’. Nyatakan ‘Maulid MUP’ di ruangan rujukan atau di belakang cek yang dikirim.

4. Wakaf melalui arraudhahmosque.mimbar.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >