Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID HAJI MUHAMMAD SALLEH@MAKAM HABIB NOH

Masjid bakal berwajah baru

Sentuhan rekaan warna putih, emas
dengan kubah baru berwarna hijau
Nov 10, 2023 | 05:30 AM



Masjid Haji Muhammad Salleh@
Makam Habib Noh tentulah bukan nama yang asing bagi masyarakat di Singapura, terutamanya mereka yang sering menghadiri Majlis Haul Habib Noh. Masjid yang terletak di Palmer Road ini sentiasa menjadi ‘fenomena’ melalui penganjuran Majlis Haul Habib Noh bagi mengingati Habib Noh, seorang wali Allah yang sangat masyhur dengan pelbagai karamahnya.

Oleh itu, tidak hairanlah apabila masjid ini turut menjadi tarikan kepada masyarakat Islam dan bukan Islam sehingga ia sangat terkenal dari dalam dan luar negara seperti Malaysia, Brunei, Indonesia dan lain-lain lagi.

KEKALKAN POTENSI YANG ADA

Dalam mengekalkan potensi sebagai masjid yang dikunjungi ramai, Pengerusi Masjid Haji Muhammad Salleh@Makam Habib Noh, Encik Khalid Mohamad, mengajak orang ramai menyertai usaha murni untuk menyokong ‘Projek Infaq Masjid Haji Muhammad Salleh@Makam Habib Noh’.

“Kebanyakan pengunjung yang mengunjungi Masjid Haji Muhammad Salleh@Makam Habib Noh sangat menghormati Habib Noh, walaupun beliau sudah lama meninggal dunia. Oleh itu, kerja peningkatan ini amat penting agar semua pengunjung berupaya hadir ke sini secara berterusan dan masing-masing boleh mengambil pengajaran daripada kisah Habib Noh yang sangat mementingkan syariat Islam ini.

“Marilah bersama-sama meraih pelbagai manfaat infak dalam masyarakat Islam hari ini dengan berinfak kepada masjid-masjid di Singapura, khususnya Masjid Haji Muhammad Salleh@Makam Habib Noh.

“Sumbangan baik anda akan memastikan pengekalan masjid sebagai pusat ibadah dan pendidikan masyarakat untuk generasi hari ini dan akan datang. Selain itu, infak anda juga akan menampung kos baik pulih dan penyelenggaraan Masjid Haji Muhammad Salleh@Makam Habib Noh. Dengan peningkatan yang dilaksanakan, ia diharapkan dapat menambah penyertaan jemaah bersama lebih banyak peluang kegiatan kerohanian dan sosial di sini,” kata Encik Khalid.

SENTUHAN BERWAJAH BARU

Menurut Encik Khalid lagi, Masjid Haji Muhammad Salleh@Makam Habib Noh juga bakal menerima sentuhan berwajah baru, setelah ia berjaya disiapkan sepenuhnya.

“Alhamdulillah, proses pengumpulan dana sudah melepasi 50 peratus daripada keseluruhan sasaran. Untuk pengetahuan umum, kerja membaik pulih prasarana Makam Habib Noh dianggarkan akan bermula pada suku pertama tahun hadapan.

“Kami turut mendapatkan khidmat profesional daripada seorang ilustrator yang telah pun melakar gambaran grafik bangunan utama Masjid Haji Muhammad Salleh@Makam Habib Noh dengan sentuhan rekaan warna yang lebih moden. Insya-Allah, Masjid Haji Muhammad Salleh@Makam Habib Noh akan berwajah baru dengan kemasan cat bangunan utama berwarna putih dan emas, serta digantikan dengan kubah baru berwarna hijau.

“Sekarang ini, muka hadapan bangunan, atau facade, kubah makam berbentuk mozek. Setelah siap, struktur ini akan kembali kepada wajah asal seperti sebelum ini, yang pernah berasaskan cat supaya ia lebih senang diurus,” jelas Encik Khalid.


SETIAP SUMBANGAN BERMAKNA

Terharu dengan sumbangan masyarakat, Encik Khalid mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat daripada awal proses pengumpulan dana hingga hari ini. Katanya, sepanjang usaha pengumpulan dana berlangsung, projek ini memperolehi sambutan yang sangat baik daripada seluruh masyarakat.

“Kami sangat bersyukur atas sumbangan yang disalurkan kepada masjid, tidak kira besar atau kecil, kerana setiap sumbangan sebenarnya sangat bermakna bagi melengkapkan tabung projek peningkatan di sini.

“Teruskan usaha menyumbang kerana penjanaan dana ini merupakan usaha yang terbaik bagi menampung kos projek naik taraf dan peningkatan Masjid Haji Muhammad Salleh@Makam Habib Noh. Oleh itu, kami mengharapkan sokongan berterusan daripada masyarakat bagi mengumpul dana yang masih diperlukan,” tambah Encik Khalid.

Pada kesempatan ini, pihak masjid menjemput semua jemaah agar bersama-sama meraikan Majlis Haul Habib Noh yang akan diadakan di Dewan Solat Masjid Sultan pada Sabtu ini, 11 November 2023 .

Pelbagai kegiatan akan dianjurkan seperti bacaan Qasidah serta Majlis Tahlil dan Maulid sempena mengingati pemergian Allahyarham Habib Noh yang ke-162 tahun.

SUMBANGAN BOLEH DILAKUKAN MELALUI:


1. Imbas kod QR yang disediakan atau PayNow ke S03MQ0039G.

2. Pemindahan wang ke dalam semasa OCBC 59100798-400 di bawah nama akaun LPM HAJI MUHAMMAD SALLEH. Sila nyatakan di ruang ‘rujukan’ sama ada untuk ‘derma masjid’ atau ‘dana makam’.

3. Layari www.hjmuhdsalleh.org.sg atau hubungi talian 6220 -9257 untuk mendapatkan maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >