Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID JAMAE CHULIA

Masjid masih kurang dana; harap sokongan ramai

Jan 12, 2024 | 05:30 AM



Pemasangan alat penghawa dingin di dewan solat memberi keselesaan kepada jemaah sementara pemasangan tanjakan, atau ramp, akan memudahkan jemaah, khususnya warga senja, ke kawasan dalam masjid.


Ia adalah antara pembaharuan dan naik taraf yang dilakukan oleh Masjid Jamae Chulia.

Beberapa pembaharuan lain termasuk pemasangan permaidani dan jubin baru, mengecat bangunan dan memperelok tempat wuduk menjadi lebih teratur dan mudah digunakan khususnya bagi warga senja.

Pengerusi masjid itu, Encik Rasheed Zaman Mohamed Rashad, berkata sejak kerja peningkatan dan naik taraf ini dijalankan setahun lalu, banyak perubahan positif dapat dilihat.

Beliau telah melihat bagaimana Masjid Jamae Chulia berubah wajah dan menjadi lebih mesra warga emas sejak menjalani kerja peningkatan ini.

“Salah satu projek yang telah lama kami nantikan ialah pemasangan alat penghawa dingin di ruang solat. Kami merasakan perbezaannya semasa cuaca panas. Permaidani hijau yang lembut juga menambahkan lagi keselesaan jemaah untuk melakukan ibadah mereka di masjid ini.

“Pihak masjid benar-benar bersyukur kepada Allah swt kerana memberi kami peluang berkhidmat kepada masyarakat. Cabaran sentiasa ada, namun dengan sokongan komuniti yang padu, telah membuatkan banyak impian dan kerja naik taraf ini berjaya dilakukan dengan baik,” jelas Encik Rasheed Zaman, seorang pakar dalam bidang IT.


Encik Rasheed Zaman, 54 tahun, yang telah lama menjadi relawan Masjid Jamae Chulia, menjadi pengerusi masjid ini sejak 2022.

Masjid bersejarah ini bak rumah keduanya. Bapa dua anak itu hadir di masjid itu hampir setiap hari. Baginya, Masjid Jamae Chulia amat istimewa dan terlalu dekat di hatinya.

Menurutnya, pembukaan rasmi bagi Masjid Jamae Chulia selepas projek peningkatan dan naik taraf akan diadakan pada Mac 2024 atau selewatnya Ramadan ini.

MASIH PERLUKAN DANA

Encik Rasheed Zaman berkata secara keseluruhan, masjid itu memerlukan $3 juta untuk kerja peningkatan. Namun, setakat ini hanya $1.55 juta mampu dikumpulkan.

Beliau mengharapkan sokongan yang berterusan agar usaha mengumpul dana bagi membiayai projek tersebut segera tercapai.

“Pihak masjid masih lagi memerlukan sokongan ramai dan kami masih lagi memerlukan $1.4 juta dana untuk kerja naik taraf ini. Setakat ini, $1.55 juta dapat kami kumpulkan. Derma dan projek wakaf akan tetap diteruskan, dan orang ramai yang ingin menderma boleh menghubungi pihak masjid atau melakukannya terus dalam talian.

“Saya amat tersentuh dengan cara masyarakat kita mewakafkan sebahagian daripada harta dan simpanan mereka kepada masjid ini. Pasukan kami akan terus berusaha untuk mengumpul dana dan masih memerlukan sokongan ramai,” kata Encik Rasheed Zaman.

Masjid Jamae Chulia juga turut menjual kupon amal nasi beriani berharga $20 dan martabak $10 setiap satu. Nasi beriani amal disajikan oleh restoran Taj Authentic Indian Cuisine manakala martabak pula daripada Restoran Victory.

HULUR SUMBANGAN


Untuk memberi sumbangan kepada Masjid Jamae Chulia:

1. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 517-070041-002.

2. Kiriman cek atas nama Masjid Jamae Chulia dengan diposkan ke alamat 218, South Bridge Road, Singapura 058767.

3. Derma langsung di pejabat masjid. Hubungi talian 6221-4165 atau WhatsApps ke talian 9297-4192. Sila buat janji temu sebelum datang ke masjid.

4. Imbas kod QR kod yang disediakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >