Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NTU tawar program ijazah perakaunan baru, beri fokus kepada kemampanan

Feb 13, 2024 | 7:18 PM
Program ijazah perakaunan baru yang ditawarkan oleh Sekolah Perniagaan Nanyang NTU memberi pelajar laluan pantas untuk menjadi akauntan bertauliah.
Program ijazah perakaunan baru yang ditawarkan oleh Sekolah Perniagaan Nanyang NTU memberi pelajar laluan pantas untuk menjadi akauntan bertauliah. - Foto ST

Universiti Teknologi Nanyang (NTU) akan menawarkan satu program ijazah perakaunan baru yang memberi tumpuan kepada kemampanan.

Program ijazah tersebut turut memberi pelajar pemahaman silang bidang mengenai pelbagai topik penting mengenai ekonomi dan membolehkan mereka meraih kelayakan profesional dengan lebih cepat.

Modul pelajaran yang disediakan di bawah program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dalam Pengurusan dan Analitik Kemampanan selama empat tahun itu termasuk pelaporan kemampanan, kewangan mampan dan kecerdasan buatan (AI) dalam perakaunan dan kewangan, lapor akhbarThe Straits Times (ST).

Program yang ditawarkan oleh Sekolah Perniagaan Nanyang itu memberi pelajar laluan pantas untuk menjadi akauntan bertauliah.

Pelajar juga diberi pengecualian daripada Kelayakan Akauntan Bertauliah Singapura (SCAQ), menurut NTU pada 13 Februari.

Program tersebut juga menawarkan pelajar latihan amali atau ‘internship’ minimum 30 minggu di sebuah pertubuhan latihan yang diiktiraf Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra).

Latihan amali itu diambil kira dalam pengalaman praktikal selama tiga tahun bagi pelajar, yang diperlukan untuk layak sebagai akauntan bertauliah.

Ketua eksekutif Acra, Encik Ong Khiaw Hong, berkata: “Kami yakin program bekerja sambil belajar ini akan memberi pelajar perakaunan pendedahan industri dari awal lagi, melalui peluang kerja praktikal, di samping kemahiran kemampanan dan analitik yang penting untuk mempersiapkan mereka menjadi pemimpin masa depan dalam bidang ini.”

Program baru itu adalah antara sembilan program ijazah silang bidang terbaru NTU yang ditawarkan pada 2024, seperti AI, perubatan Cina, pengkomputeran gunaan dalam kewangan, falsafah, politik dan ekonomi.

“Program ijazah baru ini yang merangkumi pelbagai bidang tradisional dan baru berkembang, membolehkan mereka merebut peluang dalam pelbagai industri sedia ada dan akan datang,” jelas Encik Ong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg