Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Pakar beri amaran penipuan amal di tengah konflik Timur Tengah

Nov 27, 2023 | 06:42 PM



Penipu kini mengambil kesempatan daripada konflik berterusan di Timur Tengah dengan mengalihkan derma orang ramai kepada akaun milik penipu.

Syarikat keselamatan siber Britain, Netcraft, berkata ia telah mengesan pemindahan wang lebih AS$1.6 juta ($2.1 juta) dalam mata wang kripto kepada akaun yang dikaitkan dengan penipu, lapor The Straits Times (ST).


Penipu merayu derma melalui e-mel dan laman web palsu, media sosial dan panggilan telefon.

Penderma diminta menghantar sumbangan mereka ke alamat Bitcoin yang tersenarai, yang mempunyai sofwe pengeluaran wang kripto. Sofwe itu mengeluarkan kesemua wang daripada dompet wang kripto milik penderma.

Dalam blog yang disiarkan pada 25 Oktober, Netcraft berkata: “Pada Mac 2023, Netcraft dalam satu blog melaporkan mengenai serangan pencurian (wang) kripto yang menjelaskan bagaimana penjenayah mengambil kesempatan daripada Bank Silicon Valley (SVB) yang runtuh.

“Kedua-dua pendekatan untuk mendapatkan ‘derma’ mata wang kripto kini digunakan dalam kempen yang mengeksploitasi konflik di Gaza.”

Biro Siasatan Federal (FBI) dan Suruhanjaya Dagangan Federal (FTC) Amerika Syarikat juga telah mengumumkan mengenai penipuan derma yang dikaitkan dengan konflik di Gaza.

Syarikat keselamatan siber Group-IB memberitahu ST bahawa penipuan berkembang pesat di tengah-tengah konflik besar dengan mewujudkan suasana yang membolehkan penipu memanipulasi emosi orang ramai dengan menanam rasa terdesak.

Pengarah operasi perlindungan risiko digital di firma itu, Encik Vladimir Kalugin, berkata ia maklum mengenai kewujudan laman web mencurigakan yang mengeksploitasi konflik di Gaza untuk memancing derma.

“Sebilangan laman web mengumpul derma untuk membeli makanan, ubat-ubatan dan sebagainya dan menerima pembayaran kripto, pemindahan wang rakan-ke-rakan (P2P) secara langsung, atau pemindahan melalui wadah derma.

“Satu lagi kategori laman web penyangak menawarkan untuk membeli cenderahati dan berjanji untuk memindahkan hasil kutipan derma untuk tujuan kemanusiaan,” katanya.

Pasukan Respons Kecemasan Komputer Singapura (SingCert) di bawah Agensi Keselamatan Siber (CSA) Singapura, telah memberi amaran pada Mac 2022 mengenai laporan yang meningkat berkaitan penipu yang mengeksploitasi perang Ukraine.

Penipu mengguna, antara alat lain, e-mel spam (tidak berguna atau sampah) yang digabung dengan perisian hasad yang mencuri data untuk mencuri dana.


Rakyat di Singapura telah menyahut rayuan untuk memberi bantuan kemanusiaan sejurus selepas tercetusnya konflik di Gaza.

Pemeriksaan di Buletin Penipuan Mingguan Pasukan Polis Singapura (SPF) menunjukkan tiada kes penipuan derma yang dilaporkan yang dikaitkan dengan konflik di Gaza.

Pengerusi agensi bantuan bencana Mercy Relief, Encik Satwant Singh, menasihatkan agar penderma menghubungi pertubuhan amal secara terus.

Orang ramai yang ingin menderma juga harus mengesahkan berapa lama organisasi berkenaan telah wujud dan bertanya mengenai identiti anggota lembaga pengarahnya, tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >