Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Pakej Jaminan bantu isi rumah imbangi kenaikan GST dapat suntikan $1.4b; kini berjumlah $8b

Nov 07, 2022 | 05:49 PM



PEMERINTAH akan menyuntik sebanyak $1.4 bilion dalam pakej sokongan bagi membantu isi rumah mengimbangi kesan kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tahun depan di tengah-tengah inflasi yang meningkat, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong pada Isnin (7 November).



Ini bermakna Pakej Jaminan kini bernilai $8 bilion, meningkat dari $6.6 bilion sebelum ini.



Pakej tersebut pertama kali diumumkan pada 2020, dengan tokokan sebanyak $640 juta diumumkan ketika Belanjawan 2022.



Butiran lanjut mengenai penambahbaikan pakej itu akan diumumkan sewaktu Belanjawan 2023, kata Encik Wong di Parlimen.



Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, bercakap pada permulaan perbahasan Rang Undang-undang (Pindaan) GST, yang juga akan menyaksikan lebih 15 ahli Parlimen berucap.



Beliau berkata dengan inflasi yang lebih tinggi, perbelanjaan isi rumah dan perbelanjaan tambahan GST dijangka meningkat.



Oleh itu, saiz pakej sokongan perlu ditingkatkan yang sepadan untuk memenuhi tahap pengimbangan komitmen pemerintah. 



Kadar cukai GST akan meningkat daripada 7 peratus kepada 9 peratus dalam dua tahap – satu peratusan mata setiap kali pada 1 Januari 2023 dan 1 Januari 2024.



Pemerintah komited untuk memastikan pakej itu akan mengimbangi kesan kenaikan GST untuk majoriti isi rumah Singapura selama sekurang-kurangnya lima tahun, dan untuk isi rumah berpendapatan rendah selama sekitar 10 tahun.



Encik Wong berkata: “Pemerintah akan membantu semua rakyat Singapura menyesuaikan diri dengan kenaikan GST, terutamanya mereka yang kurang berkemampuan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >