Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Pameran pengantin ‘The Wedding Asia 2023’ diadakan semula

Sep 29, 2023 | 05:31 AM



Pameran perkahwinan gah dan eksklusif ‘The Wedding Asia’ akan diadakan semula selepas ditiadakan selama tiga tahun akibat pandemik Covid-19.

MegaXpress International sekali lagi akan menganjurkan pameran The Wedding Asia 2023 di Dewan 6A Singapore Expo dari Jumaat hingga 1 Oktober ini.


Didorong sambutan menggalakkan bagi pameran sebelum ini, ia akan dipenuhi lebih 150 gerai – daripada vendor perkahwinan, kecantikan, fesyen, produk hiasan rumah kepada pegerai makanan dan minuman.

Bakal-bakal mempelai boleh meninjau khidmat yang ditawarkan oleh perancang perkahwinan, khidmat solekan serta andaman, hiasan pelamin, katering, khidmat deejay, fotografi dan videografi, berkat, kad undangan, pakej bulan madu serta pelbagai perkhidmatan lain.

Pengurus komunikasi media MegaXpress International, Cik Reny Delfina Hamzah, berkata terdapat banyak kelebihan dan pilihan perkhidmatan yang terperinci dalam acara tersebut.

Beliau menganggarkan lebih 7,000 hingga 10,000 pengunjung akan menghadiri acara tiga hari itu.

“Pameran ‘The Wedding Asia 2023’ akan mengemukakan firma perkahwinan yang dikenali dan ternama dari Singapura dan Malaysia.

“Terdapat pelbagai perkhidmatan yang tersedia seperti juruhias, pakej fotografi dan videografi, pembekal kad jemputan kahwin, pakej bulan madu dan bercuti serta banyak lagi.

“Yang penting, semua yang diperlukan bakal pengantin tersedia di bawah satu bumbung. Kami anggarkan 7,000 hingga 10,000 pengunjung akan membanjiri pameran ini nanti,” jelas Cik Reny.

Pameran itu bakal dimeriahkan dengan acara pertandingan, aktiviti interaktif, forum agama, hiburan serta cabutan bertuah.

Selain itu, bagi setiap pembelian $20, pengunjung dapat menikmati kopi segar bermutu tajaan SipSnapSlurp secara percuma.

Pengunjung yang menyertai ‘Cabutan Bertuah’ bagi setiap pembelian $100 ke atas di sebarang gerai di ekspo itu juga berpeluang memenangi pakej Full Wedding Photography & Cinematography bernilai $3,000 tajaan Studio Five Weddings.

“The Wedding Asia 2023 bukan sahaja pameran untuk bakal mempelai, malah seisi keluarga.


“Ini kerana pameran ini menyediakan pelbagai kegiatan eksklusif dengan atur cara menarik, selain menyediakan makanan enak, yang tentunya boleh dinikmati bersama keluarga tersayang,” ujar Cik Reny.


Antara selebriti luar negara yang akan menyerikan The Wedding Asia 2023 ialah pasangan suami isteri popular, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Puteri Sarah Liyana, Mark Adam dan ramai lagi.

Benefisiari untuk pameran kali ini adalah Pertapis. Kemasukan adalah percuma.

Maklumat lanjut boleh didapatkan dengan melungsuri Instagram dan Facebook/ MegaXpress.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >