Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Pelitup tidak diwajibkan di poliklinik, klinik GP mulai 1 Mac

Feb 29, 2024 | 07:56 PM



Mulai 1 Mac, pesakit, pelawat dan kakitangan di kawasan rawatan pesakit luar seperti poliklinik, klinik doktor perubatan umum (GP) dan klinik luar khusus (SOC) tidak lagi diwajibkan memakai pelitup.

Pemakaian pelitup juga tidak diwajibkan di pusat dialisis, klinik perubatan tradisional Cina (TCM) dan klinik pergigian, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan pada 29 Februari.

Namun, pemakaian pelitup di tempat tersebut masih “amat digalakkan” untuk mereka yang lemah dan mudah terdedah dari segi kesihatan seperti warga emas dan individu yang menghidap jangkitan pernafasan akut (ARI), tambahnya.

Menurut MOH, disebabkan “daya tahan kolektif yang lebih kuat”, penduduk di sini sudah hidup dengan Covid-19 sebagai penyakit endemik.

Dengan itu, ini merupakan satu lagi langkah mengurangkan protokol terhadap Covid-19, katanya.

Bagaimanapun, memakai pelitup masih diwajibkan bagi kakitangan dan pelawat yang berada dalam persekitaran jagaan kesihatan berisiko tinggi seperti wad pesakit di hospital, jabatan kecemasan dan rumah jagaan, lapor The Straits Times (ST)


“Kami ingin menjadikan ini sebagai keperluan tetap untuk memperbaiki amalan mengawal jangkitan am di kawasan ini,” kata MOH.

Pesakit yang dimasukkan ke hospital dan penghuni rumah jagaan tidak perlu memakai pelitup, tambahnya.

“Namun, sebagai amalan baik, kami menggalak penghuni dan pesakit yang dimasukkan ke hospital supaya memakai pelitup, jika mereka tidak sihat atau menghidap simptom ARI,” tambahnya.

Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi Covid-19 (EC19V) turut menyarankan bahawa dua dos awal vaksin Covid-19 sudah mencukupi untuk memastikan tahap perlindungan asas.

Ini berkurangan berbanding tiga dos yang dicadangkan sebelum ini, menurut MOH.

Ini kerana kebanyakan penduduk sudah dijangkiti Covid-19 sekali atau lebih daripada sekali, dan akan mempunyai perlindungan asas walaupun tidak divaksin, jelasnya.

MOH juga menggalak mereka yang tidak divaksin agar menerima dua dos vaksin awal dengan jarak masa lapan minggu antara kedua-dua dos tersebut.

“Dos tambahan bagi vaksin yang dikemas kini untuk 2024 masih disarankan dan harus diberikan sekitar setahun selepas dos terakhir diterima,” kata MOH.

Dos tambahan itu disarankan bagi semua warga emas berusia 60 tahun ke atas, individu yang mudah terdedah dari segi kesihatan dan penjaganya, serta penghuni kemudahan jagaan warga emas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >