Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

S’pura tidak mahu laksana semula langkah Covid-19: Ye Kung

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura tidak mahu laksana semula langkah Covid-19: Ye Kung

Dec 13, 2023 | 06:48 PM



Perkara terakhir yang ingin Singapura lakukan adalah melaksanakan semula langkah Covid-19 yang dipertingkat.

Namun, jika warga Singapura menunjukkan sedikit kebimbangan, ia bukan perkara buruk kerana ini bermakna “kita masih menyesuaikan diri dengan Covid-19”, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.

Berucap semasa pelancaran satu rangka kerja tiga pihak untuk pencegahan penderaan dan gangguan bagi pekerja penjagaan kesihatan pada 13 Disember, Encik Ong berkata jumlah kes Unit Jagaan Rapi (ICU) adalah rendah, dengan kurang daripada 10 kes pada masa ini.

Sementara itu, terdapat 560 kes kemasukan ke hospital disebabkan Covid-19 setakat 13 Disember.

“Kita telah melalui Covid-19 selama tiga tahun, dengan pelbagai jenis langkah pengurusan selamat (SMM). Dan akhirnya pada awal tahun ini, kita mencapai paras ‘Hijau’ di bawah Syarat Sistem Respons Wabak Penyakit (Dorscon).

“Perkara terakhir dalam fikiran kita adalah untuk pulang kembali (melaksanakan semula SMM). Tetapi memandangkan penjagaan kesihatan kita, saya rasa kita boleh bertahan Covid-19 dengan lancar,” jelas Encik Ong.

Beliau turut berkata setiap individu boleh memainkan peranan masing-masing untuk memastikan jangkitan Covid-19 kekal rendah. Ini termasuk mencuci tangan, elak daripada menggosok mata, mengorek hidung, elak daripada berinteraksi dengan warga emas jika sakit, memakai pelitup jika sakit atau ketika berada di tempat yang sesak.

“Selain itu, kita perlu terus mengambil vaksin. Terutama sekali jika anda berumur 60 tahun ke atas atau anda mempunyai penyakit kronik, ambillah vaksin setahun sekali.

“Hari ini, saya berasa agak optimis kerana 60 peratus daripada populasi kita telah diberi vaksin dalam tempoh 12 bulan yang lalu. Jadi kita mempunyai imuniti yang baik dan walaupun kita dijangkiti, tidak mungkin kita akan jatuh sakit teruk,” ujar Encik Ong.

Selaras dengan kata-kata Encik Ong, doktor di Singapura menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan vaksin serta menggunakan pelitup bagi mengurangkan jangkitan pernafasan akut, termasuk Covid-19, influenza dan selesema yang biasa berlaku menjelang akhir tahun.

Healthway Medical, yang mempunyai rangkaian terbesar dengan lebih daripada 120 klinik perubatan umum (GP), dan Parkway Shenton, dengan 55 klinik GP berkata mereka melihat peningkatan 30 peratus dalam jangkitan pernafasan.

Raffles Medical, dengan 43 klinik GP, juga melihat peningkatan dalam penyakit tersebut.

Data Kementerian Kesihatan (MOH) terkini bagi minggu berakhir 2 Disember menunjukkan purata 2,970 kes sehari dilihat di 25 poliklinik sekitar Singapura – berbanding median lima tahun sebanyak 2,009 kes harian untuk 2018 hingga 2022 bagi tempoh yang sama.

Dalam tempoh sama, seramai 32,035 orang telah didiagnosis dengan Covid-19 – yang tertinggi dicatatkan pada 2023. Paras tertinggi sebelumnya ialah 28,410 jangkitan seminggu pada Mac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >